Halaman

Elegant Rose - Double Heart


Jumaat, 26 Jun 2015

Pantun

                         Pantun

             Jenis-jenis Pantun
 
}a) pantun dua kerat
}b) pantun empat kerat
}c) pantun enam kerat
}d) pantun lapan kerat
}e) pantun sepuluh kerat
}f) pantun dua belas kerat
}g) pantun berkait
 
 
a) pantun dua kerat
  
Kura-kura dalam perahu,
   Pura-pura tidak tahu.

  Siakap senohong, gelama ikan duri ,              
   Bercakap bohong,lama-lama mencuri.

 b) pantun empat kerat
 
Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah hamba menumpang mandi,
   
Kalau ada umur yang panjang,
       
Bolehlah kita berjumpa lagi .
 
 c) pantun enam kerat
 
}Nasihat ibu perlu dipatuhi,
}    Usah cuba untuk menderhaka,
}         Hidup pasti takkan sempurna;
}Usahalah bersungguh-sungguh,
}    Supaya jadi insan berguna,
}          Agar boleh menakluk dunia.
 
  d) pantun lapan kerat
 
Pasang khemah di tengah hutan,
      Hutan ditebas buat halaman,
            Halaman penuh ditanam kubis,
                  Ditanam juga pokok papaya;
Biarlah sabar dengan perlahan,
      Itu tanda hidup beriman,
              Tidak mudah diganggu iblis,
                Pastinya hidup akan menang
 
 e) pantun sepuluh kerat
 
       Pokok sawi tanam keliling,
     Semalam ke kedai baja dah habis,
          Pergi tadi terlupa beli,
               Hari ini panas terik,
                     Biarkan saja masa berlalu
Jika idea mula kering,
     Pasti tidak boleh menulis
          Dipaksa menulis tentu tak jadi,
                Pasti hasilnya tidak menarik,
                    Tentu pembaca akan jemu
 
f) pantun dua belas kerat
 
 
Rotan sepatah dua patah,
   
Tarik kerakap batang padi,
       
Dibawa Sutan dari Judah,
           
Padi yang jangan digemparkan,
               
Kalau gempar antara gugur,
                    
Bila gugur masuk perigi;
Tuan
di Mekah di Madinah,
    
Naik akhirat batu haji,
        
Tegak berdiri Rasulullah,
            
Kami yang jangan dilupakan,
                 
Kalau lupa antara tidur,
                       
Dalam tidur menjadi mimpi.
 
[Petikan daripada Puisi Melayu Tradisi susunan Mohd. Yusof Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh, Penerbit Fajar Bakti, 1985, halaman 20]


g) pantun berkait

 Angsana berpucuk di atas batu,
   Pucuk digangsa beribu-ribuan;
Ada bunga di naung batu,
Kuntumnya kaca tangkainya embun.

Pucuk digangsa beribu-ribuan,
Kembang diuca balik beroleh;
Kuntumnya kaca tangkainya embun,
Dipandang sahaja diambil tak boleh.

Kembang diuca balik beroleh,
Tambang
garam di dalam sekoci;
Dipandang sahaja diambil tak boleh,
Bertambah geram di dalam hati.

[Petikan daripada Warisan Puisi Melayu susunan Mohd. Taib Osman, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1975, halaman 28]
 

Sabtu, 30 Mei 2015

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah hari ini aku dapat meluangkan masa untuk berkunjung ke blogku sendiri yang telah sekian lama tidak kujengah. 

        Aku sentiasa mengharapkan blog yang aku bina ini dapat membantu dalam memberi maklumat-maklumat yang diperlukan.


        TERIMA KASIH kepada yang sudi singgah ke blogku ini.






Isnin, 17 Februari 2014

Diftong, Vokal Berganding, Digraf dan Konsonan Berganding

Diftong, Vokal Berganding, Digraf dan Konsonan Berganding

Diftong :

 Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan disebut dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi.
Contohnya:  wau,  pulau, aising, landai, zaitun,

Vokal berganding:

Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan, tetapi terpisah sebutan bunyinya dalam suku kata.
Contohnya: daun, air, ajaib, luar

Digraf:

Apabila wujud dua huruf konsonan (selain a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan  dalam perkataan seperti ng, ny dan sy.
Contoh: nganga, nyanyi,syair, tarikh, ghazal

Konsonan Bergabung:

Apabila terdapat dua atau lebih konsonan yang duduk berturutan dalam satu perkataan.
Contoh : trak, ekspres, sains,straw

Selasa, 11 Februari 2014

Latihan Simpulan Bahasa

Bulatkan jawapan yang betul.

1.    Walaupun telah berunding selama empat jam, mereka masih belum mendapat ___________bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.
A jalan keluar
B jalan belakang
C jalan pintas
D jalan tengah

2.    Oleh kerana Salbiah seorang yang sangat teliti, dia ____________ untuk menyiapkan kerja sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.
A mengambil peluang
B mengambil langkah
C mengambil berkat
D mengambil masa

3.    Kecantikan corak pada anyaman tikar mengkuang itu menyebabkan pelancong Korea itu _______sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya.
A gelap mata
B putih mata
C rambang mata
D Rabun mata

4.    Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang sedang diajar.
A terang hati
B sampai hati
C cekal hati
D ada hati

5.    Zulkarnain merupakan............pasukan Harimau. Tidak hairanlah segala kemahuannya dituruti.

A tulang belakang
B keras tulang
C ringan tulang
D tulang empat kerat

6.    Sahabat yang baik tidak patut ................. kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.
A membuka tembelang
B membuka langkah
C membuka mulut
D membuka mata

7.    Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut............ , nanti kita juga yang akan menyesal.
A darah gemuruh
B darah daging
C darah muda
D darah dingin

8.    Leman berkata, "Inilah............ saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ."
A kata sepakat
B kata hikmat
C kata dua
D kata putus

9.    Pak Hamid begitu ............. menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar.
A ada hati
B cekal hati
C kecil hati
D rendah hati

10. Sejak peristiwa itu Puan Kamariah ..................... untuk membenarkan anaknya menyertai perlawanan bola sepak.
A. jauh hati
B. berat hati
C. kecil hati
D. patah hati

JAWAPAN:
1.D
2.D
3.C
4.A
5.A
6.A
7.C
8.D
9.B 
10.B


Isikan tempat kosong dengan simpulan bahasa berikut :
           ringan tulang                       mata pencarian                                titik peluh                          
 
       nasi telah menjadi bubur             malang tidak berbau                      besar hati           
1.       Aduhai, ___________________________________________________________, saya terpijak seekor ular lalu digigit olehnya.
2.       Emak Aminah berasa _________________________________________ apabila melihat anaknya rajin belajar dan  berkelakuan baik.
3.       ________________________________________ nya sebagai seorang nelayan bukannya senang. Bila cuaca hujan, kuranglah rezekinya.
4.       Dia berasa gembira apabila mendapat wang hasil ______________________________ nya menjual sayur-sayuran.
5.       Saya sudah ditipu oleh penjahat itu.   Apa dayaku, _________________________________
______________.
6.      Pak Mail memang adalah seorang yang ___________________________________, pagi-pagi lagi sudah pergi bekerja di ladang getah untuk menyara keluarganya.