Latihan 1
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
genggam
|
papan
|
hiris
|
jambangan
|
laras
|
kaki
|
ikat
|
baris
|
orang
|
naskhah
|
1. Pak Ahmad membaca se ___________________ majalah kepada masjid.
2. Abang mengambil se____________ baja lalu ditaburkan di atas batas pokok
kacang.
3. Beberapa _______________ almari di pusat sumber itu digunakan untuk
meletakkan pelbagai jenis bahan bacaan.
4. Suasana menjadi bingit apabila sekumpulan penduduk membakar beberapa
___________________ mercun sempena Tahun Baru Cina.
5. Terdapat beberapa _______________ meriam lama di atas puncak Kota
Melawati.
6. Mak Limah membawa se_____________ payung kerana cuaca kelihatan
mendung.
7. Suzana mempunyai se________________ abang yang tinggal di Kuala Lumpur.
8. Johan hanya memakan beberapa ______________ mangga kerana buah itu amat
masam.
9. Mak Senah membeli se____________ bayam untuk dimasak gulai lemak.
10. Shuhada menempah beberapa _______________ bunga untuk majlis hari lahir
adiknya.
Jawapan Latihan
1
1.
senaskhah
2.
genggam
3.
baris
4.
papan
5.
laras
6.
kaki
7. orang
8. hiris
9. ikat
10.jambangan
Latihan 2
Pilih jawapan
yang paling tepat.
1. Pak Mail membawa se
............... pisang pulang dari kebunnya .
A. buah B.
tandan C. ekor D. biji
2. Se .............. tembikai
itu berharga RM6.00
A. buah B.
biji C.
ekor D. pasang
3. Juhaira ternampak beberapa
.....................burung hinggap di atas pokok kelapa.
A. tandan B. sikat C. potong D.
ekor
4. Dua ............... bas digunakan untuk lawatan ke Kuala Terengganu.
A. biji B. buah C. pasang D.
ekor
5. Se ................ kasut sukan Adidas berhargaRM200.00
A. ekor B.
pasang C. tandan D. keping
6. Se .............. pisang itu berharga RM4.00
A. tandan B.
biji C. pokok D. sikat
7. Emak menghadiahkan se ................... baju kurung untuk Nadia.
A. gulung B. keping C. lembar D. pasang
8. Abang menggali lubang dengan menggunakan
se .................. cangkul.
A. batang B. pucuk C. bilah D. urat
9. Tiga ................... bunga ros menghiasi pasu kecil di atas meja
itu.
A. jambak B. helai C. keping D. butir
10. Dua .................. filem digunakan untuk mengambil gambar
perkahwinan Haziah.
A. lembar B. keping C. buah D. gulung
Jawapan Latihan 2
1. B
2. B
3. D
4. B
5. B
6. D
7. D
8. C
9. A
10. D