Halaman

Elegant Rose - Double Heart


Khamis, 15 November 2012

KATA KERJA


Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh manusia, binatang atau benda.

Kata kerja terdiri daripada:

A. Kata Kerja Transitif  
B. Kata Kerja Tak Transitif

A. Kata Kerja Transitif

1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
2.Kata kerja ini biasanya menggunakan imbuhan ‘men-, men…i-, men…kan, memper-, memper…I dan memper…kan’ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

3.Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:

Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. Kakak mencari abang di padang bola.
3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat kedua Kakak ialah pembuat, mencari ialah perbuatan melampau dan abang di padang bola benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut.

(a)     Pak Hassan menjala ikan.
(b)    Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c)     Pengerusi terpaksa membatalkan mesyuarat itu.
(d)     Pihak atasan memperakui kebenaran berita itu.
(e)     Juriah banyak memperoleh pengalaman daripada kem motivasi itu.
(f)      Pihak polis mempertemukan ibu itu dengan anaknya




Kata Kerja Transitif Aktif

Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif. Kata kerja transitif aktif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan.

Contoh Kesalahan.
Dia menghadiahkan saya sebentuk cincin. (salah)
Dia menghadiahi saya sebentuk cincin. (betul)

Hakim menjatuhi hukuman mati kepada penjahat itu. (salah)
Hakim menjatuhkan hukuman mati kepada penjahat itu. (betul)
Hakim menjatuhi penjahat itu hukuman mati. (betul)

Analisis :
Akhiran -kan dan -i masing-masing digunakan untuk membentuk kata kerja transitif tetapi fungsi kedua-duanya berbeza sama sekali. Akhiran -i menyatakan makna bahawa objek yang dikenai perbuatan dengan kata kerja yang berakhiran -i itu tidak bergerak. Akhiran -kan pula menyatakan bahawa objek yang dikenai perbuatan dengan kata kerja yang berakhiran -kan itu bergerak dari tempatnya ke arah lain.


Kata Kerja Transitif Pasif

Kata kerja transitif pasif ialah kata kerja yang disertai oleh objek, dan ayatnya berbentuk pasif. Kata kerja transitif pasif menggunakan imbuhan di-.


Penyambut
Kata Kerja Transitif
Pembuat
Radio itu
didengari
Salmah
Anak ayam itu
ditangkap oleh
seekor kucing
Kuih  itu
dijual oleh
seorang perempuan tua.
Ikan itu
dijala oleh
Pak Abdul.
Surat itu
 dituli oleh
kakak.

B. Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.

Contohnya ayat:
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.

Ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.

Ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
Keterangan
Kami
mandi
di sunagi itu.
Dia
senyum
semasa berjalan.
Saya
menyanyi
dengan kuat.
Halimah
berjalan
ke sekolah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan