Halaman

Elegant Rose - Double Heart


Khamis, 15 November 2012

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA KERJA


Kesalahan Penggunaan Kata Kerja

Kesalahan yang kerap dikemukakan ialah tidak meletakkan imbuhan pada kata kerja atau menggugurkan awalan MeN… pada kata kerja transitif atau kesalahan meletakkan objek tepat pada kata kerja

Contoh Kesalahan:

1. Azadiah selalu jalan kaki ke sekolah.
2. Pak Hashim sering nasihat anaknya supaya berbuat baik.
3. Tuan hakim telah menjatuhi hukuman penjara selama lima tahun ke atas pencuri itu.

Ayat sepatutnya:
1. ……… berjalan kaki …..
2. ……… menasihati anaknya ……….
3. ……… menjatuhkan hukuman ….

Kesalahan Penggunaan Kata Kerja Pasif 
 1. a) Majalah itu aku akan baca. (Salah)
        Majalah itu akan kubaca. (Betul)
 2. a) Bilik  itu saya sudah bersihkan. (Salah)
        Bilik  itu sudah saya bersihkan. (Betul)
 3. a) Kerja rumah itu kita mesti siapkan pada hari ini. (Salah)
         Kerja rumah itu mesti kita siapkan pada hari ini. (Betul)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan