Halaman

Elegant Rose - Double Heart


Khamis, 29 November 2012

LATIHAN PENJODOH BILANGAN



Latihan 1

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

genggam
papan
hiris
jambangan
laras
kaki
ikat
baris
orang
naskhah



1. Pak Ahmad membaca se ___________________ majalah kepada masjid.
2. Abang mengambil se____________ baja lalu ditaburkan di atas batas pokok
    kacang.
3. Beberapa _______________ almari di pusat sumber itu digunakan untuk     
    meletakkan pelbagai jenis bahan bacaan.
4. Suasana menjadi bingit apabila sekumpulan penduduk membakar beberapa
     ___________________ mercun sempena Tahun Baru Cina.
5. Terdapat beberapa _______________ meriam lama di atas puncak Kota
    Melawati.
6. Mak Limah membawa se_____________ payung kerana cuaca kelihatan   
    mendung.
7. Suzana mempunyai se________________ abang yang tinggal di Kuala Lumpur.
8. Johan hanya memakan beberapa ______________ mangga kerana buah itu amat
    masam.
9. Mak Senah membeli se____________ bayam untuk dimasak gulai lemak.
10. Shuhada menempah beberapa _______________ bunga untuk majlis hari lahir
      adiknya.

Jawapan Latihan 1
1.  senaskhah
2.  genggam
3.  baris
4.  papan
5.  laras
6.  kaki
7. orang
8. hiris
9. ikat
10.jambangan

Latihan 2
Pilih jawapan yang paling tepat.
1. Pak Mail  membawa se ............... pisang pulang dari kebunnya .
 A. buah                  B. tandan                   C. ekor                  D. biji

2.  Se .............. tembikai itu berharga RM6.00 
 A. buah           B. biji                          C. ekor                  D. pasang

3.  Juhaira ternampak beberapa .....................burung hinggap di atas pokok kelapa.
 A. tandan        B. sikat                C. potong             D. ekor 

4. Dua ............... bas digunakan untuk  lawatan ke Kuala Terengganu.
  A. biji            B. buah                C. pasang             D. ekor 

5. Se ................ kasut sukan Adidas berhargaRM200.00 
 A. ekor           B. pasang                    C. tandan             D. keping

6. Se .............. pisang itu berharga RM4.00 
 A. tandan        B. biji                           C. pokok             D. sikat

7. Emak menghadiahkan se ................... baju kurung untuk Nadia. 
 A. gulung             B. keping                  C. lembar            D. pasang

8. Abang  menggali lubang dengan menggunakan se .................. cangkul.
  A. batang                      B. pucuk                    C. bilah                      D. urat

9. Tiga ................... bunga ros menghiasi pasu kecil di atas meja itu. 
   A. jambak                   B. helai                       C. keping                 D. butir 

10. Dua .................. filem digunakan untuk mengambil gambar perkahwinan Haziah.
  A. lembar                    B. keping                    C. buah                      D. gulung

Jawapan Latihan 2
1.   B
2.   B
3.   D
4.   B
5.   B
6.   D
7.   D
8.   C
9.   A
10. D

1 ulasan:

  1. saya mohon izin cikgu...nak gunakan latihan yang cikgu bina untk latihan murid saya ya cikgu...

    BalasPadam