Halaman

Elegant Rose - Double Heart


Khamis, 29 November 2012

LATIHAN PENJODOH BILANGAN



Latihan 1

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

genggam
papan
hiris
jambangan
laras
kaki
ikat
baris
orang
naskhah



1. Pak Ahmad membaca se ___________________ majalah kepada masjid.
2. Abang mengambil se____________ baja lalu ditaburkan di atas batas pokok
    kacang.
3. Beberapa _______________ almari di pusat sumber itu digunakan untuk     
    meletakkan pelbagai jenis bahan bacaan.
4. Suasana menjadi bingit apabila sekumpulan penduduk membakar beberapa
     ___________________ mercun sempena Tahun Baru Cina.
5. Terdapat beberapa _______________ meriam lama di atas puncak Kota
    Melawati.
6. Mak Limah membawa se_____________ payung kerana cuaca kelihatan   
    mendung.
7. Suzana mempunyai se________________ abang yang tinggal di Kuala Lumpur.
8. Johan hanya memakan beberapa ______________ mangga kerana buah itu amat
    masam.
9. Mak Senah membeli se____________ bayam untuk dimasak gulai lemak.
10. Shuhada menempah beberapa _______________ bunga untuk majlis hari lahir
      adiknya.

Jawapan Latihan 1
1.  senaskhah
2.  genggam
3.  baris
4.  papan
5.  laras
6.  kaki
7. orang
8. hiris
9. ikat
10.jambangan

Latihan 2
Pilih jawapan yang paling tepat.
1. Pak Mail  membawa se ............... pisang pulang dari kebunnya .
 A. buah                  B. tandan                   C. ekor                  D. biji

2.  Se .............. tembikai itu berharga RM6.00 
 A. buah           B. biji                          C. ekor                  D. pasang

3.  Juhaira ternampak beberapa .....................burung hinggap di atas pokok kelapa.
 A. tandan        B. sikat                C. potong             D. ekor 

4. Dua ............... bas digunakan untuk  lawatan ke Kuala Terengganu.
  A. biji            B. buah                C. pasang             D. ekor 

5. Se ................ kasut sukan Adidas berhargaRM200.00 
 A. ekor           B. pasang                    C. tandan             D. keping

6. Se .............. pisang itu berharga RM4.00 
 A. tandan        B. biji                           C. pokok             D. sikat

7. Emak menghadiahkan se ................... baju kurung untuk Nadia. 
 A. gulung             B. keping                  C. lembar            D. pasang

8. Abang  menggali lubang dengan menggunakan se .................. cangkul.
  A. batang                      B. pucuk                    C. bilah                      D. urat

9. Tiga ................... bunga ros menghiasi pasu kecil di atas meja itu. 
   A. jambak                   B. helai                       C. keping                 D. butir 

10. Dua .................. filem digunakan untuk mengambil gambar perkahwinan Haziah.
  A. lembar                    B. keping                    C. buah                      D. gulung

Jawapan Latihan 2
1.   B
2.   B
3.   D
4.   B
5.   B
6.   D
7.   D
8.   C
9.   A
10. D

PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.
Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.
Senarai penjodoh bilangan, penggunaan, dan contoh adalah seperti yang berikut:
 
Penjodoh Bilangan
Penggunaannya
Contoh
angkatan untuk sekumpulan manusia atau benda kapal, tentera, pelukis, penulis
baris untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi
batang untuk menunjukkan benda-benda yang panjang sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum
bentuk untuk benda-benda kecil yang berkeluk mata kail, subang, cincin
berkas untuk benda-benda yang diikat bersama-sama kunci, lidi, kayu
bidang untuk benda-benda yang terbentang luas tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar
biji untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
Bilah untuk benda-benda yang tajam parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
buah untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera
buku untuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkah sabun, roti, benang
butir untuk benda-benda yang bulat atau kecil telur, batu, manik, beras, peluru
carik/cebis untuk benda-benda yang dikoyakkan kertas, kain
cubit untuk benda yang diambil sedikit dengan jari garam, gula, kunyit
cucuk untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi sate
das untuk bunyi letupan atau tembakan meriam, pistol, senapang
deret untuk benda-benda yang tersusun bangunan, rumah, kedai, kereta
ekor untuk semua jenis binatang nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama
genggam untuk benda-benda yang digenggam pasir, beras, padi
gugus untuk buah-buah ataupun benda anggur, langsat, kelapa sawit, kelapa, kunci
gulung untuk benda-benda yang bergulung filem, permaidani, tikar, dawai, kertas
helai untuk benda-benda yang nipis dan lebar daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput
ikat untuk benda-benda yang diikat kayu, lidi, tebu, sayur, papan
iris untuk benda-benda yang dipotong kecil-kecil bawang, timun, daging, buahbuahan
jambak untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai bunga, kunci
kaki untuk benda-benda yang bertangkai payung, cendawan
kawan untuk kumpulan haiwan lembu, kambing, lebah, gajah, merpati
kelompok untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan benda burung, awan, pulau, bintang
kepal untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan nasi, pulut, tanah
keping untuk benda-benda yang nipis atau pipih roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah
kerat untuk bahagian benda-benda yang dipotong roti, tiang
Ketul untuk benda-benda yang berketul dan padu ais, daging, tulang, sabun, roti
Kotak untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk
kuntum untuk bunga mawar, melati, anggerik
Laras untuk senjata api pistol, senapang, meriam
lembar benda-benda yang lurus dan panjang kertas, dawai, benang
longgok untuk benda-benda yang berada dalam longgokan durian, pakaian, tanah, cili
naskhah untuk bahan bacaan yang berjilid surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku
Orang untuk manusia guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen
Papan untuk benda-benda yang berbentuk kepingan coklat, petai, mercun
pasang untuk benda dan manusia yang berpasangan pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak
pangsa untuk bahagian dalam buah durian
pasukan untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam pemain kompang, polis, tentera pengakap
patah untuk kata perkataan, kata-kata
potong untuk benda-benda yang sudah dipotong kuih, daging, roti
pucuk untuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api jarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung
puntung untuk sebahagian benda yang masih menyala rokok, bara, kayu api
rangkap untuk puisi pantun, sajak, syair
rawan untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat jala, jaring, pukat
ruas untuk benda yang beruas-ruas tebu, buluh
rumpun untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat buluh, tebu, serai, pandan, padi
sikat/sisir untuk buah pisang pisang
tandan untuk buah-buahan yang bertandan pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
tangkai untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai rambutan, duku, kenanga, padi, daun
titik untuk cecair yang menitis air, darah, dakwat, embun
tongkol untuk buah yang bertongkol jagung
ulas untuk isi buah-buahan yang berpangsa durian, limau, nangka, cempedak
urat untuk benda-benda yang halus dan panjang rambut, benang, dawai,
utas untuk benda-benda yang panjang tali, dawai, rantai

Rabu, 21 November 2012

AKTIVITI P&P DI DALAM MAKMAL KOMPUTER

  Murid sedang mendengar arahan guru.
Murid berbincang untuk membina ayat.
                                                   

Khamis, 15 November 2012

LATIHAN KATA KERJA

LATIHAN  1

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1) Puan Hidayah____________ kari ayam dan rendang daging untuk hidangan makan   malam.
    A menggoreng                                       C menjerang
    B memasak                                           D memotong

2) Kapal terbang itu akan _________ dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul 10.45 malam.
   A berlepas                                             C bertolak
   B berangkat                                           D berjalan

3) Kami________terbahak-bahak apabila menonton rancangan ‘Maharaja Lawak’.
   A menangis                                            C ketawa
   B menjerit                                              D melompat

4) Encik  Ramu__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk menyambut Deepavali.
   A membakar                                         C menconteng
   B membersihkan                                    D menghiasi


5) Mangsa-mangsa kebakaran itu telah_____ke tempat yang telah disediakan.
   A berpindah                                          C berlari
   B bermain                                             D berdiri

6) Encik Khusairi_________ sanak saudaranya datang ke majilis perkahwinan anak sulungnya.
   A meminta                                            C mengangkut
   B menjemput                                        D menghantar

7) Kami sekeluarga ______di tepi pantai  sambil melihat kanak-kanak bermain layang-layang.
   A berpindah                                         C berehat
   B beradu                                              D berlatih

8) Pemandu bas mini itu_______ dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan para penumpang.
   A membawa                                        C mengangkut
   B memandu                                         D menunggang

9) Budak-budak itu__________ bertempiaran apabila ternampak seekor anjing berlari ke arah mereka.
    A duduk                                            C tidur
    B turun                                              D lari

10)Ular sawa yang _____ayam-ayam Mak Limah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.
    A membunuh                                    C mengulung 
    B mematuk                                       D memakan                   




JAWAPAN LATIHAN 1

1)   B
2)   A
3)   C
4)   D
5)   A
6)   B
7)   C
8)   B
9)   D
10) D



LATIHAN  2

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Amira ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
A merintih                    B mengeluh        
C mengenang               D mengerang

2 Badan Nabil__________kerana ketakutan.
A menggeliat                  B menggeletar  
  C menggelupur            D menggelepar

3 Peminta sedekah itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.
A dihalang                    B dibuang          
 C dihalau                     D ditindas

4 Mak Cik Gayah  sedang ___________bawang di dapur.
A menumbuk              B mengetuk        
C memukul                 D memalu

5 Kakak ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
A memicit                    B melenyek         
C memerah                 D menindih

6 Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.
A merenggut               B menyambar      
C merampas               D mengambil

7 Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Kampar akan ______pameran lukisan.
A melaksanakan         B menjalankan     
C mengadakan           D melahirkan

8 Kampung Kelam dan Kampung Batang Pinang _________oleh sebatang sungai.
A terbelah               B terpisah               
C terpecah              D terbahagi


9 Ular sawa itu __________ seekor kambing.
A menelan              B meneguk             
C mengunyah         D menghisap

10 Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.
A merancang             B menimbang         
 C melaksana            D melihat

JAWAPAN LATIHAN 2

1)   D
2)   B
3)   C
4)   A
5)   C
6)   B
7)   C
8)   B
9)   A
10) A



LATIHAN 3

1) Mak Esah __________ ayam yang telah dipotong itu dengan garam dan kunyit sebelum menggorengnya.
A) menabur                 B) melumur             
 C) memalit                 D) mencalit

2) “Saya ___________ kerjasama yang sepenuhnya daripada semua pihak,” kata Tuan Ismail.
A) mengharapkan          B) menginginkan   
 C) meletakkan             D) melepaskan

3)  Keluarga Pak Mail telah ___________ di kampung ini sejak dua puluh tahun yang lalu.
A) bermastautin            B) berziarah             
 C) bertukar                 D) bernaung

4) Malaysia banyak ______________ barangan elektrik untuk dieksport ke luar Negara.
A) memperoleh         B) mendapatkan         
C) menyediakan        D) menghasilkan

5) Pekerja itu sedang tekun __________ kain dengan corak batik di bengkel tersebut.
A) menekan                B) menekap                
 C) mengecop             D) mengecap

6) Nenek _____________ sayur kacang panjang untuk hidangan tengah hari nanti.
A) menjerang             B) mengukus               
C) mencelur               D) merebus

7) Selain puisi, satu bidang lagi yang ___________ nama Dato’ Dr Usman Awang ialah drama.
A) mewangikan            B) mengharumkan       
C) mengindahkan         D) menelokkan

8) Majlis perasmian pembukaan pasar raya baru itu ___________ dengan upacara memotong reben.
A) di habisi                   B) disudahi                
C) didahului                  D) dilapisi

9) Kerja-kerja meracun perlu dilakukan untuk _____________ tanaman daripada serangan penyakit dan serangga.
A) memusnahkan           B) membiarkan  
 C) menghindarkan        D) menghilangkan

10) “Mengapakah kamu selalu ____________ dengan adik kamu?” tanya Pak Ali kepada Hassan.
 A) berkasar                    B) bermasam       
C) beradab                     D) bertampar

JAWAPAN LATIHAN 3

1)   B
2)   A
3)   A
4)   D
5)   D
6)   C
7)   B
8)   C
9)   C
10) A