LATIHAN 1
Pilih
jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah.
1)
Puan Hidayah____________ kari ayam dan rendang daging untuk hidangan makan malam.
A menggoreng C
menjerang
B memasak D
memotong
2)
Kapal terbang itu akan _________ dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
pada pukul 10.45 malam.
A berlepas C
bertolak
B berangkat D berjalan
3)
Kami________terbahak-bahak apabila menonton rancangan ‘Maharaja Lawak’.
A menangis C
ketawa
B menjerit D
melompat
4)
Encik Ramu__________rumahnya dengan
lampu berwarna-warni untuk menyambut Deepavali.
A membakar C
menconteng
B membersihkan D menghiasi
5)
Mangsa-mangsa kebakaran itu telah_____ke tempat yang telah disediakan.
A berpindah C
berlari
B bermain D
berdiri
6)
Encik Khusairi_________ sanak saudaranya datang ke majilis perkahwinan anak
sulungnya.
A meminta C
mengangkut
B menjemput D
menghantar
7)
Kami sekeluarga ______di tepi pantai
sambil melihat kanak-kanak bermain layang-layang.
A berpindah C
berehat
B beradu D
berlatih
8)
Pemandu bas mini itu_______ dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan para
penumpang.
A membawa C
mengangkut
B memandu D
menunggang
9)
Budak-budak itu__________ bertempiaran apabila ternampak seekor anjing berlari
ke arah mereka.
A duduk C
tidur
B turun D
lari
10)Ular
sawa yang _____ayam-ayam Mak Limah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.
A membunuh C mengulung
B mematuk D
memakan
JAWAPAN
LATIHAN 1
1) B
2) A
3) C
4) D
5) A
6) B
7) C
8) B
9) D
10)
D
LATIHAN 2
Isi
tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1
Amira ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
A
merintih B mengeluh
C
mengenang D mengerang
2
Badan Nabil__________kerana ketakutan.
A
menggeliat B menggeletar
C menggelupur D menggelepar
3
Peminta sedekah itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.
A
dihalang B dibuang
C dihalau D ditindas
4
Mak Cik Gayah sedang ___________bawang
di dapur.
A
menumbuk B mengetuk
C
memukul D memalu
5
Kakak ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
A
memicit B melenyek
C
memerah D menindih
6
Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.
A
merenggut B menyambar
C
merampas D mengambil
7
Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Kampar akan ______pameran lukisan.
A
melaksanakan B menjalankan
C
mengadakan D melahirkan
8
Kampung Kelam dan Kampung Batang Pinang _________oleh sebatang sungai.
A
terbelah B terpisah
C
terpecah D terbahagi
9
Ular sawa itu __________ seekor kambing.
A
menelan B meneguk
C
mengunyah D menghisap
10
Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.
A
merancang B menimbang
C melaksana D melihat
JAWAPAN
LATIHAN 2
1) D
2) B
3) C
4) A
5) C
6) B
7) C
8) B
9) A
10)
A
LATIHAN
3
1)
Mak Esah __________ ayam yang telah dipotong itu dengan garam dan kunyit
sebelum menggorengnya.
A)
menabur B) melumur
C) memalit D) mencalit
2)
“Saya ___________ kerjasama yang sepenuhnya daripada semua pihak,” kata Tuan
Ismail.
A)
mengharapkan B) menginginkan
C) meletakkan D) melepaskan
3) Keluarga Pak Mail telah ___________ di
kampung ini sejak dua puluh tahun yang lalu.
A)
bermastautin B) berziarah
C) bertukar D) bernaung
4)
Malaysia banyak ______________ barangan elektrik untuk dieksport ke luar Negara.
A)
memperoleh B) mendapatkan
C)
menyediakan D) menghasilkan
5)
Pekerja itu sedang tekun __________ kain dengan corak batik di bengkel
tersebut.
A)
menekan B) menekap
C) mengecop D) mengecap
6)
Nenek _____________ sayur kacang panjang untuk hidangan tengah hari nanti.
A)
menjerang B) mengukus
C)
mencelur D) merebus
7)
Selain puisi, satu bidang lagi yang ___________ nama Dato’ Dr Usman Awang ialah
drama.
A)
mewangikan B) mengharumkan
C)
mengindahkan D) menelokkan
8)
Majlis perasmian pembukaan pasar raya baru itu ___________ dengan upacara
memotong reben.
A)
di habisi B) disudahi
C)
didahului D) dilapisi
9)
Kerja-kerja meracun perlu dilakukan untuk _____________ tanaman daripada
serangan penyakit dan serangga.
A)
memusnahkan B) membiarkan
C) menghindarkan D) menghilangkan
10)
“Mengapakah kamu selalu ____________ dengan adik kamu?” tanya Pak Ali kepada
Hassan.
A) berkasar B)
bermasam
C)
beradab D) bertampar
JAWAPAN
LATIHAN 3
1) B
2) A
3) A
4) D
5) D
6) C
7) B
8) C
9) C
10)
A
Tiada ulasan:
Catat Ulasan