Halaman

Elegant Rose - Double Heart


Selasa, 11 Februari 2014

Semantik



ISI KANDUNGAN
 1.0  Pengenalan
           Semantik merupakan satu bidang yang mempelajari tentang makna.Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi.Semantik juga boleh dirujuk sebagai sistem dan kajian tentang makna dalam bahasa (Kamus Linguistik ,1997 dipetik daripada Haji Mohd Isa bin. Abdul Razak,2003) Menurut J.W.W Verhaar (1996:284), semantik adalah cabang linguistik yang akan membahaskan erti atau makna. Abdul Chaer (1984 : 284) mendefinisikan semantik  sebagai bidang kajian linguistik yang mana obkel penelitiannya adalah makna bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga , semantik ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna kata. Oleh itu, semantik dapatlah didefinisikan sebagai ilmu tentang makna atau tentang erti.
1.1 Jenis-jenis Makna
             Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna leksikal, makna gramatikal, makna kontekstual, makna asosiatif, makna konotatif, makna stilistik,makna afektif, makna referensial, makna kolokatif, dan makna tematik. Jenis-jenis makna inidapat memberikan gambaran yang tertentu sama ada  maksud tersurat mahupun tersirat. Di sini akan dibincangkan berkaitan dengan lima jenis makna yang utama sahaja iaitu makna leksikal, makna gramatikal, makna kontektual, makna referensial dan makna asosiatif.
2.0  Makna Leksikal
               Menurut Fatimah Djajasudarma (1993:14) dan Zainuddin (1992), makna leksikal (dalam bahasa Inggeris disebut sebagai lexical meaning, semantic meaning, external meaning) adalah makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang benda, peristiwa dan lain-lain. Bagi Maslow (1987 :90) , beliau berpendapat makna leksikal ialah rujukan terhadap satu kandungan tertentu yang spesifik bagi satu perkataan hanya sebagai perbezaan dengan semua perkataan lain. Selain itu, makna leksikal juga membawa maksud makna yang bersifat leksikon, makna yang sesuai dengan referennya, makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna yang nyata (Adrienne Lehrer,1992). Menurut Abdul Chaer (1995) pula, leksikal merupakan bentuk adjektif yang diturunkan dari bentuk nomina leksikon (vocabulary, kosa kata, perbendaharaan kata). Ini bermaksud leksikal boleh didefinisikan sebagai makna yang bersifat leksikon,bersifat leksem dan bersifat kata.
             
              Terdapat beberapa contoh yang boleh memberi pemahaman kepada kita berkaitan dengan leksikal.
a)      Tikus itu mati diterkam kucing.
b)      Padi kali ini gagal akibat serangan hama tikus.
c)      Yang menjadi tikus digudang kami ternyata berkepala hitam.

Berdasarkan ayat a dan b , kata tikus itu merujuk kepada binatang iaitu tikus. Berbeza dengan ayat c. Dalam ayat ini tikus bukan merujuk kepada binatang tetapi merujuk kepada seorang manusia yang perbuatannya memang mirip perbuatan tikus. Dalam contoh yang lain pula:
a)      Kakak memetik sekuntum bunga .
b)      Kita dapat memetik manfaat dari cerita itu.
                  
                Berdasarkan kata memetik dalam ayat a), kata memetik merujuk kepada makna leksikal. Dalam ayat b), memetik bukan bermakna leksikal.
Makna leksikal terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

a)Semantik Leksikal
                Bidang yang meneliti semantik leksikal pada asasnya dinamai leksikologi.Dengan itu, semantik leksikal secara leksikologis merangkumi makna dan referensi, denotasi dan konotasi, analisis ekstensional dan analisis intensional ; analisis komponensial; dan kesinoniman, keantoniman, kehomomiman dan kehiponiman.

b)Fonologi Leksikal
                   
                Menurut John T. Jensen (1995:16), fonologi leksikal ialah penyebutan kata dan dapat ditentukan dengan perbezaan penyebutan vokal pertama. Oleh itu, fonologi leksikal merujuk kepada corak nada atau intonasi sesuatu kata itu ketika dilafazkan. Contoh yang paling mudah ialah dalam bahasa Cina Mandarin iaitu penggunaan kata “wei”. Jika nada sebutan ‘datar’ (tidak menaik dan tidak menurun) maka ia membawa maksud kutu kayu. Penggunaan kata “wei” dalam nada ‘naik’ membawa maksud berbahaya dan akhir sekali jika nada yang digunakan ‘turun’ ia memberi makna takut. Oleh itu, jelaslah bahawa setiap nada atau intonasi yang diujarkan dapat membezakan makna leksikal setiap kata. 

c)Kata Kerja Leksikal
                 Menurut Asmah Hj. Omar, 1986:95, kata kerja leksikal juga disebut sebagai kata kerja utama. Kata kerja ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kata kerja perbuatan dan kata kerja bukan perbuatan. Kata kerja perbuatan ialah kata kerja yang menunjukkan perbuatan, aksi atau tindakan fizikal oleh Ahmad Khair Mohd Nor (2009:68). Perbuatan ini termasuklah sengaja atau tidak sengaja. Kata kerja perbuatan  boleh juga digunakan dalam ayat perintah. Contoh kata kerja perbuatan ialah:

i)                    Aishah mandi dengan menggunakan sabun.
ii)                  Adik belajar bersama kawan-kawannya.

Kata mandi dan belajar dalam ayat berfungsi sebagai kata leksikal.

                Menurut Asmah Hj. Omar  (1993:85), kata kerja keadaan tidak menunjukkan adanya gerak perbuatan. Contoh ayat :

i)                    Cawan itu pecah.
ii)                  Lelaki itu sudah mati.

Dalam ayat ini, perkataan pecah dan mati tidak merujuk kepada perbuatan. Subjek ayat yang merujuk kepada cawan dan lelaki bukanlah pelaku yang melakukan perbuatan tersebut. Kata kerja dalam ayat di atas dapat menerangkan sesuatu peristiwa atau menghuraikan sesuatu yang merupakan subjek ayat.
                 Kesimpulannya, menurut Jackendoff (1997:xi), bidang leksikon mampu menyelesaikan banyak masalah dalam fonologi, sintaksis dan semantik (Hashim Hj. Musa, 1993:10).
3.0  Makna Gramatikal.
                     
                Makna gramatikal merupakan makna yang terhasil apabila terjadinya proses gramatikal yang melalui proses pengimbuhan, pengulangan, dan pemajmukan. Ahmad Khair Mohd Nor (2007:10) menjelaskan bahawa proses pengimbuhan merupakan salah satu cara mengembangkan kata dasar. Sebagai contoh, kita boleh rujuk kata dasar seperti berat. Berdasarkan kata dasar berat kita dapat memberi pelbagai imbuhan pada kata tersebut. Pelbagai imbuhan yang diberikan akan menyebabkan makna kata juga berubah .
Kata dasar berat  dan batas yang telah diberi pengimbuhan:

a)      Berberat, memberat, memberati, memberatkan, memperberat, terberat, keberatan,berkeberatan dan pemberatan.
b)      Berbatas, berbataskan, membatas, membatasi, batasan , pembatasan, terbatas, keterbatasan dan pembatas. 
              
                Menurut Ahmad Khair Mohd Nor lagi, imbuhan dalam bahasa Melayu terdiri daripada empat jenis yang dikenali sebagai imbuhan awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Bentuk  imbuhan ini pula terdiri daripada dua jenis iaitu imbuhan asli bahasa Melayu atau imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing seperti Sanskrit, Arab-Parsi dan Yunani - Latin - Inggeris. Antara imbuhan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah –an, -kan, -i, pe-, men….kan dan sebagainya.
Imbuhan pinjaman terdiri daripada maha-, eka-, wan-, -man, bi-, wi-, -lah dan banyak lagi.

A)  Jenis-jenis Imbuhan

i)Imbuhan Awalan.
            Imbuhan awalan  merupakan imbuhan yang terletak di hadapan kata dasar perkataan. Imbuhan awalan boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu awalan kata nama seperti peN-, peR-, ke-, juru- dan se-. Manakala imbuhan awalan kata kerja pula ialah meN-, mempeR-, beR-, teR-,di- dan diper-. Akhir sekali imbuhan awalan kata adjektif  yang terdiri daripada ter- dan se-.
Arbak Othman (1989) , awalan kata nama peN- mempunyai lima bentuk iaitu pe-,pem-, pen-, peng- dan penge-. Awalan meN- pula terdiri daripada me-,mem-, men-, dan meng- bergantung pada huruf pertama kata dasar.

ii)Imbuhan Akhiran
             Imbuhan akhiran terletak di belakang kata dasar. Imbuhan ini terbahagi kepada imbuhan asli bahasa Melayu seperti –an, -kan, dan –i. Contoh perkataan:

i)                    tuju + an                                              tujuan
ii)                  besar + kan                                          besarkan
iii)                naik + i                                                 naiki

 Imbuhan akhiran –wati, -ah, -man, -at dan sebagainya merupakan imbuhan akhiran pinjaman.
                      
Contoh        :
                  seni + wati                                            seniwati
Pengimbuhan akhiran pada sesuatu perkataan akan membawa kepada beberapa pengertian.

iii)Imbuhan Apitan
Imbuhan apitan bermaksud imbuhan yang hadir serentak mengapit kata dasar di bahagian hadapan dan belakang kata.

iv)Imbuhan Sisipan
                Menurut  Amad Khair b Mohd Nor terdapat empat bentuk sisipan antaranya ialah -em- (gentar –gementar), -el- (tapak   -    telapak),-er- (sabut       -   serabut)  dan –in (-sambung  -  sinambung).
               Secara keseluruhannya, makna gramatikal penting dalam bahasa Melayu kerana berlaku pengimbuhan  pada kata dasar yang boleh menyebabkan perubahan makna dan seterusnya boleh mengembangkan kata dasar  dalam bahasa Melayu.
4.0 Makna Konstektual
               Menurut Abdullah Yusuf , Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari, (2009) makna konstektual sebagai makna sebuah leksem atau kata yang berada di dalam sesuatu konteks. Contoh makna konteks kata kepala pada ayat-ayat berikut:
1.      Rambut di kepala nenek belum ada yang putih. 
2.      Sebagai kepala sekolah dia harus menegur murid itu.
3.      Nombor telefonnya ada pada kepala surat itu.

               Berdasarkan ayat 1 kepala membawa maksud anggota badan manusia. Berbeza maksud kepala pada ayat yang kedua yang bererti ketua atau pengetua begitu juga dengan ayat ketiga yang membawa maksud permulaan atau pangkal.Makna konteks dapat juga berkenaan dengan situasinya, seperti  tempat, waktu, dan lingkungan penggunaan bahasa itu. Contohnya,

           “Tiga kali empat berapa?”
      Murid sekolah akan menjawab dua belas berdasarkan soalan yang dikemukakan. Sebaliknya jika soalan itu ditanya kepada jurugambar pasti ia akan menjawab berkaitan dengan kos gambar foto bersaiz tiga kali empat sentimeter.

5.0 Makna Referensial
               Menurut Abdul Chaer (2007:291) sebuah kata atau leksem disebut bermakna referensial kalau ada referensnya, atau acuannya. Perkataan yang termasuk dalam kategori kata penuh tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial.Contoh kata seperti kuda, merah, makan, cerdik ,kereta, kasut dan gambar adalah termasuk kata-kata yang bermakna referensial kerana ada acuannya dalam dunia nyata. Menurut Nik Safiah Karim, apabila perkataan mempunyai referen, maka perkataan tersebut mempunyai makna referensial. Sebaliknya, kata-kata seperti dan, atau, dan kerana adalah kata-kata yang tidak bermakna referensial, kerana kata-kata itu tidak mempunyai referens. Ini dikenali sebagai makna nonreferensial atau kata-kata yang tidak memberi makna.

6.0  Makna Asosiatif
                Makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah leksem atau kata berkenaan dengan adanya hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. Abdullah Yusof. (2009:6) Makna asosiatif ini sebenarnya sama dengan perlambangan yang digunakan oleh suatu masyarakat bahasa untuk menyatakan suatu konsep lain yang mempunyai persamaan dengan sifat, keadaan atau ciri yang ada pada konsep asal kata atau leksem tersebut. Contoh: kata singa berasosiasi dengan garang. Begitu juga dengan putih yang berasosiasi dengan sesuatu yang suci atau kesucian. Menurut Kushartanti pula makna asosiatif ialah asosiasi yang muncul dalam benak seseorang jika mendengar kata tertentu. Selain itu, Khusharti juga menjelaskan bahawa asosiatif juga mempunyai peranan penting bagi pemahaman wacana kerana makna asosiatif itu dapat manjadi pengikat makna-makna kata sehingga terjadi pemahaman suatu wacana.

7.0  Kesimpulan
    Kesimpulan yang dapat dibuat ialah terdapat pelbagai jenis makna dalam kehidupan kita sehari-hari. Makna sangat berperanan dalam komunikasi. Makna memiliki beberapa jenis yang utama iaitu makna leksikal, gramatikal, dan  kontekstual,   makna referensial dan non-referensial,makna denotatif dan makna konotatif, makna konseptual dan makna asosiatif, makna kata dan makna istilah,makna idiom dan peribahasa,makna emotif, makna kognitif, makna piktorial dan akhir sekali makna inti. Dengan mengetahui jenis-jenis makna ini, seseorang pengguna bahasa akan terdedah dengan makna-makna tersebut dan seterusnya dapat menggunakan jenis makna ini dan disesuaikan dengan konteks penggunaannya.


                                                                                                                  ( 1615 perkataan )


Rujukan
Abdul Chaer (1994), Linguistik Am, Jakarta, Penerbit Rineka Cipta
Abdullah Hassan (2005a), linguistik am, siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu,
             Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Yusuf, (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu.Kuala Lumpur: Guru, Kuala   
              Lumpur : Penerbit Icon Regian Sdn Bhd
Abdullah Yusuf, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari, (2009) Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
BML 3083 Semantik Sem.3 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Pusat pendidikan Luar 2012.

http://www.tutor.com.my/stpm/semantik/semantik.htm

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka



  
ISI KANDUNGAN
BIL
TOPIK
HALAMAN

1.0
Pengenalan
1.1 Teori Analisis Komponen Makna
14
2.0
Perkataan ‘Hulu’
15 - 16
3.0
Perkataan ‘Mata’

17 – 18
4.0
Perkataan ‘Buah’

19 – 20
5.0
Perkataan ‘Anak’

21 – 22
6.0
Perkataan ‘Ayam’

23 – 24
7.0
Kesimpulan

24 – 25

Rujukan

26


 
1.0 Pengenalan
             Semantik merupakan kajian makna yang menjadi sebahagian dalam ilmu bidang linguistik. ‘Semantikos’ merupakan perkataan Yunani yang bermaksud significant dan dari sinilah perkataan semantik bermula.Semantik adalah kajian tentang hubungan antara item-item bahasa seperti perkataan, penamaan , ekspresi predikat dan ayat dengan item-item alam (Zubech et.al,1971:1). Walau bagaimanapun menurut pendapat Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985 : 262), semantik merujuk kepada satu bidang dalam kajian linguistik yang mengkaji makna.Menurut kajian Hashim Awang (1987:86) pula, semantik didefinisikan sebagai kajian tentang makna, iaitu satu cabang ilmu linguistik yang mempersoalkan tentang makna perkataan dan sejarah perubahan makna.
            Analisis komponen makna telah diasaskan oleh Kart & Fodor yang meletakkan komponen semantik sebagai penanda makna yang merupakan satu konsep yang menjadi sebahagian erti morfem dan unsur lain dalam bahasa. Hal ini kemudian diperluaskan oleh Jackson (1988) dan John Lyons (1995) yang menerapkan kaedah analisis komponen makna ke dalam kerangka tatabahasa dan transformasi. Makna perkataan bukan sebagai unit konsep tersendiri tetapi sebagai himpunan daripada komponen makna dan inti makna.
1.1 Teori Analisis Komponen Makna
         Menurut John Lyons (1981), analisis komponen ini menyediakan cara yang tersusun dan sistematik, berprinsip dan ekonomik kepada para ahli bahasa. Dalam menyatakan makna fitur-fitur akan diberikan tanda + atau - . Tanda-tanda ini mempunyai makna dan pengertian khusus dalam memberi makna . Dalam perkara ini tanda + bermaksud makna fitur tersebut wujud pada perkataan yang dianalisis, begitu juga dengan tanda – yang bermaksud fitur tidak wujud bagi perkataan tersebut. Contohnya ialah :
a) Binatang                +  bernyawa
b) Batu                       -  bernyawa
c) Kain                       -  bernyawa

d) Ikan                        + bernyawa

e) Pokok                     + bernyawa





2.0 Perkataan ‘ Hulu ‘
Text Box: Hulu2.1 Analisis kata ‘hulu’menggunakan rajah analisis komponen makna.
                                                                       Hulu
Text Box: Hulu        







Text Box: Hulu

 
                                                                                                                      


 

















 









                                                                     Rajah 1
Berdasarkan Rajah 1, kata ‘hulu’ tergolong dalam kata nama yang dikelompokkan kepada empat fitur atau empat sifat utama. Fitur utama tersebut iaitu   parang    , + sungai    ,     + tempat    ,     + orang   . Berdasarkan komponen-komponen utama itu, terdapat beberapa kemungkinan fitur atau sifat makna iaitu bagi fitur parang ialah - tajam, + tumpul, + kayu, - zink dan + ukiran.  Bagi fitur sungai pula kemungkinan sifat maknanya ialah –cetek, + dalam , +menghakis, + nyaman ,    - penduduk ramai dan + bersih. Fitur tempat berkemungkinan +pedalaman, - bandar, - bising,      + sunyi dan – teknologi maklumat.Akhir sekali fitur orang berkemungkinan mempunyai beberapa fitur seperti – moden, + cara hidup tradisional, + berfikiran sempit, dan  -  pentingkan diri sendiri.


2.2 Analisis kata ‘hulu’ benda parang dengan menggunakan simbol + dan  -  .
      +  tumpul,  - tajam  ,  + kayu ,  -  zink  ,  +  ukiran

2.3 Analisis kata  ‘ hulu ‘ tempat sungai dengan menggunakan simbol +  dan  -  .
      -  cetek,  +  dalam,  +  menghakis, +  nyaman,  -  penduduk ramai  
   
2.4 Analisis kata  ‘ hulu ‘ tempat tempat dengan menggunakan simbol +  dan  -  .
     +  pedalaman,  -  bandar,  - bising,  +  sunyi,  -  teknologi kurang

2.5 Analisis kata  ‘ hulu ‘ tempat orang dengan menggunakan simbol +  dan  -  .
      - cara hidup moden,  + berfikiran sempit,  + cara hidup tradisional,   - pentingkan diri sendiri

          W. Goodenough (1956) telah menghuraikan konsep komponen makna ini sejajar dengan kajian fonem dalam fonologi. Jika fonem-fonem dihuraikan mengikut cara penghasilan, titik arkulasi yang menghasilkannya serta bunyi-bunyi fonem itu, maka kata-kata dalam bidang semantik juga boleh dianalisis dengan kaedah yang sama.










3.0  Perkataan ‘ Mata ‘
       3.1  Analisis kata ‘ mata ‘ menggunakan rajah analisis komponen makna





Rounded Rectangle: AirRounded Rectangle: MarkahRounded Rectangle: PisauRounded Rectangle: Pancaindera      





















Rounded Rectangle: + jernih
- kotor
+ bersih
+ sejuk
+ terbit dari tanah
- pasir


 









                                                                                     Rajah 2
Rajah 2 menunjukkan kata ‘ mata’ dikelompokkan dalam empat fitur utama iaitu pisau, pancaindera, markah dan air. Dalam fitur pisau terdapat beberapa sifat makna iaitu + tumpul, - kayu,  + tajam, + berkilau, + berbahaya dan – panas. Begitu juga dengan fitur pacaindera terdapat beberapa kemungkinan fitur antaranya ialah + hitam, - hijau, + bulat, - leper, + bundar, + celik, + besar. Bagi fitur markah pula ialah kemungkinan makna tersebut ialah + tinggi, + rendah, - licin,  - lembut.- kotor,+ sedikit dan + banyak. Akhir sekali fitur air yang membawa maksud + jernih,- kotor, + bersih, + sejuk, + terbit dari tanah dan – pasir.
             

3.2 Analisis kata ‘mata ‘ benda pisau dengan menggunakan simbol + dan –
       + tumpul, - kayu,  + tajam, + berkilau, + berbahaya dan – panas.

3. 3 Analisis kata ‘mata’ benda  pancaindera dengan menggunakan simbol + dan -.
        + hitam, - hijau, + bulat, - leper, + bundar, + celik, + besar.

3.4  Analisis kata ‘ mata’ bilangan markah dengan menggunakan simbol + dan - .
        + tinggi, + rendah, - licin,  - lembut.- kotor,+ sedikit dan + banyak.

3.5  Analisis kata ‘mata’   air dengan menggunakan simbol + dan -.
        + jernih,- kotor, + bersih, + sejuk, + terbit dari tanah dan – pasir.
           Menurut Ruth Kempson analisis komponen makna untuk menzahirkan sejelas mungkin hubungan sistematis antara perkataan. Makna perkataan dikaji bukan sebagai himpunan yang terdiri daripada komponen makna dan komponen-komponen itu sendiri merupakan ‘inti makna’   ( 1991 : 22)











4.0 Perkataan ‘ Buah’                          



















Reserved: + bernas
- kotor
+ mantap
+ bersih
- hitam
Reserved: + cantik
+ tinggi
-  licin
+ kacak
- berat

Reserved: + bulat
- kertas
- kasar
+pelbagai bentuk
+ putih







Reserved: + meja
-guli
+ kereta
- cincin
+ rumah
 














                                                                      
                                                           Rajah 3
Berdasarkan  rajah 3, kata buah ialah tergolong dalam kata nama yang dikelompokkan kepada empat fitur. Fitur-fitur tersebut ialah catur, fikiran, hati dan penjodoh bilangan. Kata ‘buah ‘ yang dikelompokkan dalam fitur catur  mempunyai lima kemungkinan fitur atau sifat makna iaitu  + bulat, - kertas, - kasar, + pelbagai bentuk  dan + putih. Bagi fitur fikiran pula , terdapat lima kemungkinan sifat makna iaitu  + bernas, - kotor, + mantap, + bersih, - hitam. Seterusnya kata buah bagi fitur hati pula berkemungkinan mempunyai lima sifat makna seperti + cantik, + tinggi, - licin, + kacak dan – berat. Akhir sekali kata buah bagi fitur penjodoh bilangan ialah + meja,         - guli, + kereta, - cincin dan + rumah.



4. 2 Analisis kata ‘buah’ benda catur dengan menggunakan simbol + dan -.
       + bulat, - kertas, - kasar, + pelbagai bentuk  dan + putih.
4.3 Analisis kata ‘ buah’  pendapat fikiran dengan menggunakan simbol + dan - .
       + bernas, - kotor, + mantap, + bersih, - hitam.
4. 4  Analisis kata ‘buah’ benda  hati dengan menggunakan simbol + dan -.
      + cantik, + tinggi, - licin, + kacak dan – berat.
4. 5 Analisis kata ‘buah ’ sistem bahasa penjodoh bilangan dengan menggunakan simbol + dan -.
      + meja, - guli, + kereta, - cincin dan + rumah.
           Komponen semantik berfungsi sebagai pembeza yang dapat menambah pemahaman kita tentang makna sesuatu leksikal yang kontras dengan leksikal lain secara semantik (Howard Jackson, 1988:91).














5.0  Perkataan ‘ Anak ‘
















Reserved: Anak















Reserved: + hitam
- putih
+ bulat
- bujur
- kotor
+ bersih

 















                                                                    Rajah 4
 
                           Berdasarkan rajah 4 ‘anak ‘ dikelompokkan dalam empat fitur iaitu manusia, haiwan, mata dan pokok. Kata ‘anak’ yang terdapat dalam kelompok orang mempunyai lima kemungkinan fitur iaitu + lelaki, - jantan, + perempuan, - betina, + cantik, + kacak. Bagi kata ‘anak’ dalam kelompok kucing pula berkemungkinan terdapat enam sifat makna seperti + jantan, - perempuan, + betina, + comel, - lelaki, + garang. Bagi kata ‘anak’ dalam kelompok mata terdapat enam kemungkinan iaitu + hitam, - putih, + bulat, - bujur, - kotor dan + bersih. Akhir sekali, kata ‘anak’ dalam kelompok pokok pula antaranya seperti + kecil, - besar, + rendah, - tinggi, + subur dan – keras.


5. 2 Analisis kata ‘anak’ manusia orang dengan menggunakan simbol + dan -.
        + lelaki, - jantan, + perempuan, - betina, + cantik, + kacak

5.3 Analisis kata ‘ anak’  haiwan kucing dengan menggunakan simbol + dan - .
        + jantan, - perempuan, + betina, + comel, - lelaki ,+ garang

5.4  Analisis kata ‘anak’ pancaindera  mata dengan menggunakan simbol + dan -.
        + hitam, - putih, + bulat, - bujur, - kotor, + bersih                 

5. 5 Analisis kata ‘anak’ tumbuhan  pokok dengan menggunakan simbol + dan -.
        + kecil, - besar, + rendah, - tinggi, + subur, - keras

            Berdasarkan  penjelasan ini, setiap perkataan mengandungi komponen makna yang boleh disenaraikan untuk menghuraikannya. Bell bersetuju bahawa makna sesuatu kata itu terdiri daripada beberapa fitur semantik. Penjelasan yang menyeluruh dengan mengemukakan sifat-sifat perduaan untuk memulakan ciri-ciri distingtif yang hadir (+) dan tidak hadir  (+).










6.0 Perkataan ‘ Ayam’
































Reserved: Ayam






Reserved: Ayam
Reserved: Ayam

















Reserved: - malas
+ rajin
+ kuat
- lemah
+ bertenaga
Reserved: + garang
+ berkokok
- bertelur
+ kuat



Reserved: + mahal
- murah
+ daging keras
- daging lembut
 +kuat




Reserved:  + pedas
- manis
- hijau
+ guna santan
+ berkuah



 













                                                                                  
                                                                              Rajah 5
                           Berdasarkan rajah 5 perkataan ‘ayam’ dikelompok  dalam empat fitur juga seperti perkataan-perkataan lain yang telah dibincangkan di atas. Keempat-empat fitur bagi kata ayam ini ialah tambatan, jantan, kampung dan kari. Kata ‘ayam’ bagi fitur tambatan ini mungkin terdiri daripada lima fitur iaitu – malas, + rajin, + kuat, - lemah dan + bertenaga. Bagi perkataan ‘ayam’ yang merujuk fitur jantan berkemungkinan mempunyai empat fitur sahaja iaitu  + garang, + berkokok, - bertelur dan + kuat. Bagi kata ‘ayam’ dengan fitur kampung dapat diberikan beberapa kemungkinan fitur yang sepatutnya. Antara yang telah disenaraikan ialah + mahal, - murah, + daging keras, - daging lembut dan + kuat. Akhir sekali kata  ‘ayam’  kari yang berkemungkinan mempunyai beberapa makna seperti + pedas, - manis, - hijau, + guna santan dan + berkuah.


6. 2 Analisis kata ‘ayam’ simpulan bahasa  tambatan dengan menggunakan simbol + dan -.
       - malas, + rajin, + kuat, - lemah dan + bertenaga                     

6.3 Analisis kata ‘ ayam’  jantina  jantan dengan menggunakan simbol + dan - .
       + garang, + berkokok, - bertelur dan + kuat

6.4  Analisis kata ‘ayam’ jenis haiwan  kampung dengan menggunakan simbol + dan -.
         + mahal, - murah, + daging keras, - daging lembut,  +kuat

6.5 Analisis kata ‘ayam’ masakan kari dengan menggunakan simbol + dan -.
      + pedas, - manis, - hijau, + guna santan, + berkuah

7.0 Kesimpulan
            Secara keseluruhannya, kajian analisis komponen makna yang telah diasaskan oleh Kart & Fodor yang kemudiannya diperluaskan oleh Jackson ( 1988) dan John Lyons (1995) ialah setiap perkataan bukan sahaja mewakili satu simbol atau satu makna sahaja. Setiap kata yang dituturkan akan membawa makna yang berlainan sekiranya perkataan itu dituturkan dalam situasi yang berbeza. Melalui kajian semantik ini, makna telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan antaranya ialah makna taboo, makna logik, makna tekanan dan juga makna gaya. Oleh itu, makna kata ini perlu dibahagikan mengikut kumpulan yang sesuai bagi membolehkan kita mengetahui serta memahami makna yang sebenar melalui makna kata.Dengan itu, makna perkataan harus dilihat mengikut konteks situasi dan logik.

         Setiap perkataan sebenarnya adalah terdiri daripada pelbagai komponen yang tersendiri. Bagi menggambarkan perhubungan antara satu perkataan dengan perkataan yang lain terutama bagi mengkaji sesuatu bidang tertentu, ungkapan komponen makna adalah tercakup dalam kata-kata tertentu. Komponen makna menunjukkan setiap perkataan yang diujarkan oleh penutur atau melalui tulisan mempunyai makna-makna lain iaitu terbentuk daripada beberapa unsur atau komponen-komponen  yang lain. Analisis komponen makna ini menunjukkan hubungan makna antara kata. Selain daripada itu, komponen makna juga berguna untuk merumuskan makna yang terdapat dalam kamus bahasa dan menentukan perkataan yang digunakan sama ada boleh atau tidak secara semantik.

                                                                                                                              ( 2002 perkataan)















Rujukan
Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Rahimah Hj. Sabran dan Rahim Sham (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan.Petaling Jaya : Fajar Bakti.
Engene A. Nida (1996), Menerokai Struktur Semantik (Mashudi Kadir, Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Leech, G (1974), Semantics Harmondsworth : Penguin
Dr. Adenan Ayob, Dr. Nathesan Sellapan (2010), HBML3033 Psikologi dan Semantik. Open University Malaysia.
http.//www.slideboom.com/presentations/79704/Semantik-Bahasa-Melayu





























































Simpulan Bahasa

SENARAI SIMPULAN BAHASA

Simpulan Bahasa
  1. Abang angkat
    Lelaki yang lebih tua daripada seseorang yang tidak mempunyai pertalian keluarga tetapi dianggap sebagai abang sendiri
  2. Abang ipar
    Abang kepada isteri atau suami seseorang
  3. Abang kandung
    Abang seibu dan sebapa
  4. Abu jahal
    Orang yang suka menghalangi usaha yang baik
  5. Abu nawas
    Orang yang bijak melepaskan diri
  6. Ada angin
    Mempunyai perasaan yang tertentu mengikut keadaan
  7. Ada bakat
    Mempunyai kebolehan dalam sesuatu bidang
  8. Ada bukti
    Ada tanda atau keterangan tentang sesuatu hal atau peristiwa
  9. Ada hajat
    Mempunyai keinginan atau maksud
  10. Ada hati
    Mempunyai keinginan lebih daripada keupayaan
  11. Ada jalan
    Ada cara untuk melakukan sesuatu
  12. Air muka
    Wajah atau rupa seseorang
  13. Ajak-ajak ayam
    Tidak sungguh-sungguh mempelawa
  14. Akad nikah
    Perjanjian dalam perkahwinan
  15. Akal kancil
    Orang yang cerdik dan pandai menipu
  16. Alas cakap
    Kata pendahuluan sebelum perundingan atau perbincangan dijalankan
  17. Alas dulang
    Wang hadiah yang ditinggalkan dalam dulang
  18. Alas meja
    Kain penutup meja
  19. Alas perut
    Makan sedikit untuk menghilangkan rasa lapar
  20. Ambil angin
    Bersiar-siar
  21. Ambil berat
    Memberikan perhatian
  22. Ambil hati
    Membuat sesuatu untuk menggembirakan orang lain
  23. Ambil masa
    Tidak tergopoh-gopoh; memakan masa
  24. Anak angkat
    Anak orang lain yang dianggap / dijadikan seperti anak sendiri
  25. Anak bapa
    Anak lelaki kesayangan sesebuah keluarga
  26. Anak beranak
    Sekeluarga
  27. Anak buah
    Orang yang di bawah jagaan seorang ketua
  28. Anak buangan
    Orang yang tersingkir daripada sesebuah keluarga
  29. Anak cucu
    Keturunan; zuriat
  30. Anak dara
    Gadis yang belum berkahwin
  31. Anak dayung
    Orang yang mendayung perahu
  32. Anak emas
    Anak kesayangan
  33. Anak haram
    Anak luar nikah
  34. Anak kembar
    Anak yang dilahirkan bersama-sama daripada satu kandungan
  35. Anak sulung
    Anak yang tertua atau pertama
  36. Angin-angin
    Khabar yang belum tentu benar salahnya
  37. Angin berkisar
    Berpaling tadah
  38. Angin buritan
    Angin yang mengikut arah perahu
  39. Angin gila
    Kelakuan yang tidak tentu arah
  40. Angin lalu
    Khabar yang tidak tentu benar atau salahnya
  41. Angin ribut
    Taufan
  42. Angkat alis
    Menunjukkan rasa atau tanda hairan
  43. Angkat bahu
    Menyatakan tidak tahu
  44. Angkat diri
    Sombong
  45. Angkat suara
    Meninggikan suara
  46. Angkat sumpah
    Bersumpah
  47. Asam garam
    Pengalaman hidup
  48. Atas angin
    Negara-negara di Timur Tengah dan Eropah
  49. Atas pagar
    Tidak menyebelahi mana-mana pihak
  50. Ayam tambatan
    Orang harapan dalam sesuatu pertandingan atau perlawanan
  51. Bahasa daerah
    Bahasa yang digunakan di daerah tertentu sahaja
  52. Bahasa kesat
    Bahasa atau tutur kata yang kasar, kotor, dan menyakitkan hati
  53. Bahasa ibunda
    Bahasa sendiri
  54. Bahasa dalam
    Bahasa yang digunakan oleh raja-raja
  55. Bangkai bernyawa
    Orang yang tidak berguna langsung
  56. Banyak akal
    Banyak helah
  57. Banyak lemak
    Kelakuan yang mengada-ngada
  58. Banyak mulut
    Suka bercakap banyak
  59. Bapa ayam
    Lelaki yang berkahwin banyak tetapi tidak menghiraukan anak-anaknya
  60. Barang berkat
    Barang yang halal
  61. Barang kemas
    Barang-barang berharga yang dipakai oleh kaum wanita, seperti cincin emas, loket berlian, dan sebagainya
  62. Batu api
    Orang yang menghasut dua pihak yang lain sehingga bergaduh
  63. Batu loncatan
    Sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan
  64. Bau-bau bacang
    Tali persaudaraan yang jauh
  65. Bawa berunding
    Diajak bermuafakat
  66. Bawa bermenung
    Memikirkan masak-masak
  67. Bawa bersemuka
    Bawa bertemu muka; berunding
  68. Bawa hati
    Perasaan kecewa
  69. Bawa kaki
    Berjalan tanpa hala tujuan
  70. Bawa ke tengah
    Bawa ke muka pengadilan
  71. Bawah angin
    Negara-negara yang terletak di sebelah timur
  72. Bawah umur
    Belum dewasa
  73. Bekas tangan
    Hasil buatan sendiri; pukulan
  74. Bengkak perut
    Sakit hati
  75. Berani mati
    Tidak takut mati
  76. Berat kepala
    Sukar menerima pelajaran
  77. Berat lidah
    Pendiam
  78. Berat mata
    Mengantuk
  79. Berat sebelah
    Tidak adil
  80. Berat tulang
    Malas bekerja
  81. Berbulan madu
    Bersiar-siar ke tempat lain setelah berkahwin
  82. Berganti tikar
    Mengahwini kakak atau adik isterinya setelah isterinya meninggal dunia
  83. Beri muka
    Memberikan kebebasan atau memanjakan seseorang
  84. Bermain kayu tiga
    Melakukan perbuatan yang jahat
  85. Bertegang leher
    Bertengkar
  86. Besar hati
    Gembira
  87. Besar kepala
    Degil
  88. Bidan terjun
    Orang yang disuruh membuat sesuatu secara mendadak
  89. Bintang hati
    Kekasih
  90. Bodoh alang
    Bodoh sedikit
  91. Bodoh sepat
    Kelihatan bodoh tetapi sebenarnya cerdik
  92. Bongkok sabut
    Bongkok orang tua
  93. Buah fikiran
    Pendapat
  94. Buah mulut
    Perkara yang menjadi percakapan orang ramai
  95. Buat duit
    Melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan keuntungan
  96. Buaya darat
    Lelaki yang suka menukar teman wanitanya
  97. Buka mata
    Ambil tahu atau sedar
  98. Buruk makan
    Gelojoh atau pelahap
  99. Buta huruf
    Tidak tahu menulis dan membaca
  100. Cacing kepanasan
    Gelisah
  101. Cahaya mata
    Anak
  102. Gaji buta
    Gaji yang diterima tanpa bekerja
  103. Cakap angin
    Percakapan yang belum tentu betul salahnya
  104. Cakar ayam
    Tulisan yang buruk
  105. Cakap besar
    Mengatakan tahu atau pandai, tetapi sebenarnya tidak pandai
  106. Campur aduk
    Bercampur dengan tidak menentu lagi
  107. Campur tangan
    Turut serta dalam urusan orang lain
  108. Cangkul angin
    Perbuatan yang sia-sia
  109. Cantik molek
    Elok rupa paras
  110. Cari akal
    Mencari jalan
  111. Cari fasal
    Sengaja mencari sebab untuk bergaduh
  112. Cari nama
    Berikhtiar atau membuat jasa supaya nama menjadi masyhur
  113. Cencaru makan petang
    Permainan yang semakin baik pada akhir pertandingan
  114. Cepat tangan
    Orang yang cekap mencari
  115. Cinta monyet
    Cinta anak-anak kecil
  116. Curi hati
    Melakukan daya penarik untuk memikat hati orang supaya mendatangkan kasih
  117. Curi tulang
    Mengelak daripada bekerja semasa waktu kerja
  118. Dakap bantal
    Kecewa atau putus harapan
  119. Daki dunia
    Harta benda seperti wang, emas, permata, dan lain-lain.
  120. Dalam tangan
    Sudah tentu dapat
  121. Dapat bahagian
    Menerima pukulan atau denda
  122. Dapat terpijak
    Mendapat sesuatu dengan mudah
  123. Darah ikan
    Buah yang baru separuh masak; warna yang merah
  124. Darah daging
    Anak kandung
  125. Darah muda
    Semangat atau perasaan orang muda
  126. Datang hati
    Sampai hati atau tergamak
  127. Daya penarik
    Mempunyai sesuatu kebolehan atau kuasa yang boleh memikat hati seseorang
  128. Delima merkah
    Bibir yang merah
  129. Demam puyuh
    Berpura-pura demam
  130. Dendam kesumat
    Kebencian yang amat sangat
  131. Diam ubi
    Diam orang berakal kerana berfikir
  132. Diam penggali
    Diam orang yang bodoh
  133. Dingin kepala
    Berfikiran tenang dan sihat
  134. Dua sejoli
    Sepasang (kekasih atau suami isteri)
  135. Duit kopi
    Bayaran tidak rasmi sebagai sagu hati
  136. Durian runtuh
    Keuntungan besar yang diperoleh tanpa bersusah payah
  137. Garam hidup
    Pengalaman hidup
  138. Gatal mulut
    Suka mencela orang
  139. Gatal tangan
    Suka melakukan kerja yang bukan-bukan
  140. Gelap mata
    Hilang pertimbangan fikiran; pitam
  141. Geli hati
    Rasa hendak ketawa
  142. Gelora hati
    Perasaan hati
  143. Genap bulan
    Sudah cukup masa (melahirkan anak)
  144. Genggam bara
    Membuat sesuatu pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh
  145. Gerak hati
    Rasa yang lahir dari dalam hati
  146. Gerhana matahari
    Dalam kesusahan
  147. Gila babi
    Sejenis penyakit sawan
  148. Gila bahasa
    Kurang waras fikiran
  149. Gila bayang
    Mencintai seseorang tetapi tidak mendapat balasan
  150. Gila harta
    Mementingkan atau mengejar harta dunia
  151. Gila pangkat
    Orang yang selalu mengejar pangkat
  152. Golok kayu
    Orang yang bodoh tetapi berlagak seperti orang yang pandai
  153. Gulung tikar
    Berhenti membuat sesuatu pekerjaan kerana kerugian
  154. Habis akal
    Tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi
  155. Halwa telinga
    Sesuatu yang menyedapkan pendengaran
  156. Hampa tangan
    Tidak membawa atau mendapat apa-apa
  157. Hancur hati
    Sedih
  158. Hanyut diri
    Sesat langkah
  159. Harga diri
    Kehormatan diri; maruah
  160. Harga pokok
    Harga asal sesuatu barang
  161. Harga mati
    Harga yang tetap dan tidak boleh ditawar lagi
  162. Hati batu
    Tidak menaruh belas kasihan
  163. Hati emas
    Baik hati
  164. Hati tikus
    Penakut
  165. Hentam keromo
    Memukul atau mengkritik tanpa usul periksa
  166. Hidung belang
    Lelaki yang suka mengganggu perempuan
  167. Hidung tinggi
    Sombong atau bongkak
  168. Hilang akal
    Tidak tahu apa yang harus dibuat lagi; agak kurang waras
  169. Hisap darah
    Mengambil keuntungan yang berlebihan
  170. Hisap jari
    Menunjukkan kekecewaan
  171. Hitam manis
    Orang yang berkulit agak gelap tetapi cantik dipandang
  172. Hujan panas
    Hujan tetapi matahari kelihatan bersinar
  173. Ibu angkat
    Wanita yang dianggap seperti ibu sendiri oleh orang lain
  174. Ibu ayam
    Perempuan yang memperdagangkan pelacur
  175. Ibu kandung
    Ibu sendiri
  176. Ibu pertiwi
    Tanah tempat tumpah darah
  177. Idah gelap
    Pemberian tanda cinta tanpa bercadang untuk berkahwin
  178. Ikat perut
    Menahan lapar kerana hendak berjimat
  179. Ikut telunjuk
    Mengikut segala perintah orang
  180. Iri hati
    Cemburu
  181. Isi rumah
    Keluarga atau penghuni sesebuah rumah
  182. Jadi umang-umang
    Suka memakai pakaian orang lain
  183. Jaga mulut
    Berhati-hati dalam percakapan
  184. Jalan buntu
    Tidak mendapat sebarang kata sepakat atau penyelesaian
  185. Janda berhias
    Perempuan yang kematian suami dan belum disentuh oleh suaminya
  186. Jantung hati
    Orang yang amat dicintai
  187. Jatuh hati
    Jatuh cinta
  188. Jauh hati
    Tersinggung atau merajuk
  189. Jejak-jejak bara
    Hampir tercecah ke tanah
  190. Jinak-jinak merpati
    Perempuan yang pada lahirnya mudah dipikat tetapi sebenarnya tidak semudah yang disangkakan
  191. Jiwa besar
    Mempunyai cita-cita yang tinggi dan mulia
  192. Kaki ayam
    Tidak memakai kasut
  193. Kaki bola
    Orang yang sangat suka bermain atau menonton perlawanan bola sepak
  194. Kaki borak
    Orang yang sangat suka berbual
  195. Kaki judi
    Orang yang suka berjudi
  196. Kaki botol
    Peminum arak
  197. Kacang hantu
    Orang yang jahat
  198. Kaki lima
    Kawasan laluan di hadapan kedai
  199. Kecil hati
    Tersinggung
  200. Kepala angin
    Orang yang mudah berubah perangainya
  201. Kepala batu
    Tidak mahu mendengar nasihat
  202. Kera sumbang
    Orang yang selalu mengasingkan diri daripada orang lain
  203. Kerang busuk
    Tersengih-sengih dengan tidak menentu
  204. Keras kepala
    Tidak mahu mengalah; degil
  205. Kerja tangan
    Hasil kerja yang dibuat dengan tangan
  206. Kering darah
    Terperanjat
  207. Ketam batu
    Kedekut
  208. Khabar angin
    Berita yang belum tentu sah kebenarannya
  209. Kucing kurap
    Orang yang sangat hina dalam masyarakat
  210. Kuku besi
    Memerintah dengan zalim
  211. Kutu embun
    Orang yang suka berfoya-foya hingga larut malam
  212. Lancang mulut
    Mudah mengeluarkan perkataan yang boleh menyakiti hati orang lain
  213. Langkah bendul
    Adik perempuan berkahwin dahulu daripada kakaknya
  214. Langkah kanan
    Untung
  215. Langkah kiri
    Malang
  216. Langkah seribu
    Cabut lari
  217. Lari anak
    Berlari dengan langkah yang pendek; berlari perlahan
  218. Lebai malang
    Orang yang selalu malang
  219. Lemah semangat
    Orang yang mudah terperanjat
  220. Lepas tangan
    Tidak masuk campur dalam sesuatu hal
  221. Lidah biawak
    Percakapan yang selalu berubah-ubah
  222. Lidah beracun
    Kata-kata yang menyakitkan hati
  223. Lintah darat
    Orang yang sering mahu akan keuntungan yang tinggi
  224. Lipas kudung
    Membuat kerja dengan cepat
  225. Loyar buruk
    Orang yang membangkang sebab mencari kemenangan
  226. Lupa daratan
    Lupa diri atau lupa akan asal usul
  227. Mabuk cendawan
    Jatuh cinta
  228. Mahkota hati
    Kekasih
  229. Makan angin
    Pergi bercuti
  230. Makan gaji
    Bekerja untuk mendapatkan upah
  231. Makan hati
    Bersedih kerana perbuatan orang lain
  232. Makan suap
    Menerima rasuah
  233. Malu-malu kucing
    Pura-pura malu
  234. Mandi darah
    Berlumuran darah
  235. Mandi kerbau
    Mandi dengan tidak bergosok dan bersabun
  236. Masin lidah
    Terbukti benar atau berlaku apa-apa yang diucapkan oleh seseorang
  237. Masuk jawi
    Bersunat atau berkhatan
  238. Mata duitan
    Terlalu tamak akan wang
  239. Mata keranjang
    Lelaki yang suka melihat perempuan cantik
  240. Mati celik
    Mati sebelum tercapai hajat atau cita-cita
  241. Mati katak
    Kematian yang sia-sia
  242. Mengadu untung
    Mencari rezeki
  243. Mencolok mata
    Perbuatan yang keterlaluan
  244. Muka dua
    Orang yang menyebelahi kedua-dua belah pihak
  245. Muka tebal
    Tidak tahu malu
  246. Mulut manis
    Lemah lembut tutur kata
  247. Mulut murai
    Orang yang becok
  248. Nafsu makan
    Keinginan untuk makan (kemaruk)
  249. Naik angin
    Meradang
  250. Naik kepala
    Mengada-ngada
  251. Naik pelamin
    Berkahwin
  252. Naik saksi
    Menjadi saksi
  253. Nipis telinga
    Lekas marah
  254. Nyawa-nyawa ikan
    Hampir mati
  255. Orang atas
    Orang yang berpangkat besar
  256. Orang bawah
    Orang yang berpangkat rendah; orang biasa
  257. Otak cair
    Orang yang pantas berfikir dan bijak
  258. Orang gaji
    Orang yang diberi upah kerana bekerja di rumah
  259. Orang harapan
    Orang yang dipercayai
  260. Orang rumah
    Isteri
  261. Otak udang
    Bodoh
  262. Panas hati
    Marah dalam hati
  263. Panjang akal
    Cerdik
  264. Panjang tangan
    Suka mencuri
  265. Panjang umur
    Hidup sangat lama
  266. Pasang badan
    Berhias diri
  267. Pasang telinga
    Mendengar dengan teliti
  268. Pasar gelap
    Menjual barang-barang tanpa mengikut undang-undang
  269. Patah hati
    Kecewa
  270. Patung bernyawa
    Hidup tanpa cita-cita
  271. Payung mahkota
    Raja yang memerintah
  272. Pecah tembelang
    Terbuka rahsia
  273. Pekak badak
    Betul-betul pekak; pura-pura tidak dengar
  274. Perang dingin
    Perang yang belum menggunakan senjata
  275. Perang mulut
    Bergaduh dengan menggunakan kata-kata yang kasar
  276. Pilih kasih
    Berat sebelah
  277. Pisau cukur
    Perempuan yang suka menghabiskan wang lelaki
  278. Puteri lilin
    Gadis yang tidak tahan panas
  279. Putih hati
    Jujur
  280. Putih tulang
    Lebih baik mati
  281. Rabun ayam
    Kurang jelas atau kurang terang penglihatannya
  282. Raja sehari
    Pengantin baharu
  283. Rambang mata
    Sukar untuk memilih kerana semuanya cantik
  284. Retak tangan
    Nasib badan
  285. Ringan mulut
    Peramah; suka bercakap-cakap
  286. Ringan tangan
    Suka mencuri; suka menolong
  287. Ringan tulang
    Rajin bekerja
  288. Rosak nama
    Hilang kehormatan
  289. Sakit hati
    Berasa marah atau tersinggung kerana dihina atau ditipu
  290. Sampai hati
    Tergamak atau tidak menaruh belas kasihan
  291. Sejuk hati
    Tenang
  292. Senapang bambu
    Orang yang nampaknya berbahaya tetapi sebenarnya tidak
  293. Senyum kambing
    Senyum mengejek
  294. Serkap jarang
    Menuduh tanpa usul periksa
  295. Setengah masak
    Belum sempurna
  296. Tabir besi
    Negara-negara blok Rusia
  297. Tahi judi
    Orang yang suka berjudi
  298. Tajam akal
    Pintar
  299. Tajam mulut
    Suka mengeluarkan kata-kata yang pedas
  300. Talak tiga
    Penceraian yang tidak boleh dirujuk lagi
  301. Tanda mata
    Hadiah sebagai ingatan
  302. Tangan terbuka
    Murah hati atau suka menolong
  303. Tangkai jering
    Orang yang sangat kedekut
  304. Tangkap basah
    Ditangkap semasa lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berdua-duaan di tempat yang sunyi dan terlindung
  305. Telinga kuali
    Orang yang tahan hati walaupun dihina dan dicerca
  306. Telinga lintah
    Tajam pendengaran
  307. Terang hati
    Mudah mengerti
  308. Terbit keringat
    Malu atau segan; bekerja bertungkus lumus
  309. Tiang kampung
    Orang yang tertua di sesebuah kampung
  310. Tidur ayam
    Tidur yang tidak nyenyak
  311. Tin kosong
    Orang yang tidak berpelajaran tetapi bercakap besar
  312. Tipis harapan
    Harapan yang sedikit untuk memperoleh sesuatu
  313. Tua keladi
    Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda
  314. Tulang belakang
    Orang yang menjadi tunjang kekuatan atau harapan
  315. Ubat basah
    Berita yang tidak dipercayai orang
  316. Ukur jalan
    Orang yang tidak mempunyai pekerjaan selain berjalan-jalan sahaja tanpa tujuan
  317. Undi sulit
    Mengundi dengan tidak diketahui oleh orang lain
  318. Untung batu
    Nasib malang
  319. Urut dada
    Menahan perasaan
  320. Wang buta
    Wang upah yang diberi kepada orang yang sudah bersara

Ahad, 8 September 2013

Penjagaan Kesihatan

Gaya Hidup Menentukan tahap Kesihatan Seseorang Kesihatan bukan sahaja berkaitan dengan bebas daripada penyakit tetapi juga memiliki pemikiran yang cerdas bersama-sama emosi yang stabil. Pemilikan kesihatan yang baik penting terutama buat remaja kerana tahap kesihatan ketika usia mudalah yang akan menentukan tahap kesihatan mereka pada masa tua kelak. Untuk mendapatkan kesihatan yang baik, remaja harus melakukan amalan yang baik untuk perkembangan fizikal, mental dan emosi. Antara amalan yang yang harus dilakukan ialah perlu mempunyai disiplin diri yang baik. Maksud disiplin dalam aspek ini ialah mematuhi jadual belajar, menghormati orang tua, guru, rakan-rakan dan peraturan budaya serta undang-undang negara. Remaja atau pelajar yang berdisiplin sebegini pasti tidak akan terjebak dalam sebarang aktiviti yang tidak sihat dalam kehidupan mereka lalu mampu memiliki tahap kesihatan yang baik. Maka, amalan disiplin yang baik menjadikan seseorang remaja itu mempunyai kesihatan yang baik. Selain itu, remaja juga perlulah mengamalkan cara hidup yang sihat. Konsep cara hidup yang sihat ini meliputi makanan yang seimbang, melakukan riadah dan aktiviti kemasyarakatan. Sudah banyak kajian yang membuktikan bahawa amalan cara hidup yang sihat menjadikan diri seseorang itu lebih positif dan mampu menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik lagi. Sesungguhnya, cara hidup yang sihat menjamin kesihatan yang seimbang kepada remaja di negara ini. Malahan, amalan mempelajari dan mematuhi ajaran agama merupakan satu lagi amalan yang turut mampu menguatkan kesihatan seseorang itu. Semua ajaran agama menekankan aspek keseimbangan kehidupan seseorang supaya mampu menjalani satu kehidupan yang baik di dunia dan akhirat kelak. Sikap mematuhi amalan agama memberikan remaja satu matlamat hidup yang mampu meninggikan tahap kesihatan mereka pada masa yang serupa pula. Jadi, sikap mematuhi ajaran keagamaan boleh memberi remaja satu kepuasan dalam hidupnya yang berupaya juga meningkatkan tahap kesihatan. Remaja juga perlu bersikap tegas terhadap tindakan-tindakan negatif yang wujud dalam kehidupan mereka. Sikap suka merokok, melepak, dadah dan jenayah haruslah dikikis dalam minda remaja. Ketegasan remaja dalam semua aspek di atas itu mampu menjauhi remaja daripada sebarang kemelut sosial yang melanda negara ini lalu memberikan kesihatan yang baik kepada remaja juga. Bukan sahaja remaja sihat tetapi mereka seolah-olah sedar keperluan atau kepentingan hidup mereka di dunia ini. Amalan murni yang penting diamalkan seterusnya ialah remaja hendaklah mampu mengawal emosinya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Ketenangan inilah yang memberikan remaja satu pemikiran yang rasional dan rela berbincang apabila mengalami sesuatu kemelut dalam hidup mereka. Semua tindakan yang diambil ketika berfikir rasional mampu memberikan satu persepi baru yang boleh menunjukkan jalan keluar terhadap masalah yang dihadapi itu. Oleh itu, sikap rasional ketika melakukan sesuatu tindakan boleh menjadikan kesihatan seseorang itu lebih baik. Kesimpulannya, semua amalan yang positif ini perlu dilaksanakan oleh remaja. Kesihatan remaja yang mengamalkan semua amalan ini pasti baik kerana bukan sahaja tubuh mereka sihat tetapi emosi serta pemikiran mereka turut menerima impak positifnya. Rakyat yang sihat sebeginilah yang diperlukan oleh negara dalam mengharungi cabaran kehidupan moden kini.

Khamis, 4 Julai 2013

EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK 2

1.0 Pengenalan Menurut kajian, proses perkembangan kanak-kanak adalah mengikut peringkat –peringkat tertentu. Setiap peringkat perkembangan diwakili dengan ciri-ciri dominan yang dipaparkan secara berulang dan berterusan. Berdasarkan perkembangan ini didapati peringkat-peringkat ini mempunyai kaitan dengan kematangan dan umur kanak-kanak tersebut.Gerak geri dan pergerakan kanak-kanak mencerminkan pergerakan estetika mereka. Kanak dilahirkan dengan sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka . Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak ini boleh berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran mereka. Refleksi ini akan terus berkembang bersama-sama kanak-kanak sehingga ia membesar (Koster, 2001). Selain menjadi medium komunikasi lukisan juga dijadikan alat membantu saintis untuk menganalisa fikiran dan perasaan kanak-kanak. Melalui lukisan yang dihasilkan seperti pokok, figura manusia, catan dan arca yang boleh memberi tafsiran yang dapat ahli psikologi mengenalpasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma. Melalui lukisan juga kita dapat mencapai kepuasan diri.Menurut Lowenfeld, 1975 orang dewasa, menganggap seni visual sering dikaitkan dengan kecantikan dan kesempurnaan, namun bagi kanak-kanak hasil karya yang dihasilkan bersifat luahan dan ekspresi. Karya seni yang dihasilkan oleh kanak-kanak selalunya bersifat peribadi dan tersendiri. Melalui karya seni kanak-kanak ini, kita dapat melihat cara kanak-kanak ini berfikir dan menyelami perasaan selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka. Aktiviti melukis merupakan suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, guru dan ibu bapa untuk menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Melalui aktiviti ini juga kanak-kanak dapat mengenali objek selain membantu kanak -kanak ini meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Selain itu, aktiviti ini juga dapat meningkatkan daya imaginatif mereka selain dapat mengimbangi emosi mereka. 1.1 Perkembangan Artistik Kanak-kanak Untuk mengetahui perkembangan estetika kanak-kanak , semua itu boleh dilihat berdasarkan aktiviti kreatif yang kanak-kanak ini lakukan antaranya ialah melukis dan mewarna, kraftangan , muzik, pantun, puisi, pergerakan kreatif dan melalui drama kanak-kanak. Melalui komunikasi bukan lisan, kanak-kanak akan menggunakan pergerakan tangan , mimik muka, pandangan mata dan pergerakan badan yang lain. Kebolehan kanak-kanak dalam meluahkan nilai estetika mereka merupakan satu bentuk kemahiran kognitif yang bukan sahaja penting dalam perkembangan seni kanak-kanak tersebut malah penting dalam perkembangan pemikiran dan intelektualiti kanak-kanak tersebut. Perkembangan artistik kanak-kanak ini dapat dilihat daripada peringkat contengan kepada perwakilan yang sebenar. Walaupun pada keseluruhannya perkembangan estetik kanak-kanak ini masih belum dapat dikenal pasti, namun para pengkaji menemui beberapa pergerakan yang menjadi refleksi kepada perkembangan estetik kanak-kanak. 2.0 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak. Berdasarkan Teori Perkembangan Artistik Al Hurwitz dan Michael Day (1995) serta Viktor Lowenfeld (1947), perkembangan artistik kanak-kanak boleh dikesan melalui lukisan figura yang mereka hasilkan. Tokoh-tokoh ini menjelaskan bahawa tahap-tahap perkembangan artistik kanak-kanak ini secara umumnya berbeza tetapi mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama . Persaman yang dapat dilihat ialah bermula dengan peringkat contengan (scribbling). 2.1 Teori Perkembangan Artistik Al Hurwitz dan Michael Day (1995) Rajah: Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak. Al Hurwitz dan Michael Day Berdasarkan perkembangan artistik Al Hurwitz dan Michael Day (1995), mereka membahagikan perkembangan artisitik ini kepada tiga peringkat yang utama . Peringkat-peringkat itu dikenali sebagai peringkat manipulatif, peringkat membuat simbol dan peringkat pra remaja. Menurut Hurwitz dan Day (2001): “Stage of artistic development useful norms that can enlighten the teacher, but they should not be considered as goals for education.” i) Peringkat manipulatif dan zaman awal kanak-kanak. (2-4 tahun ) Pergerakan tangan kanak-kanak adalah terbatas. Kanak-kanak pada peringkat umur 2 hingga 4 tahun ini didapati kurang mempunyai kawalan dalam pergerakan tangan mereka. Oleh itu, kebanyakan lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak dalam lingkungan usia ini tidak terkawal bahkan mereka lebih gemar menconteng dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai medium seperti krayon dan pensel.Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak ini tidak bersifat realistik dan mereka sering menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada peringkat ini kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba sesuatu dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media. Berdasarkan peringkat contengan pada peringkat manipulatif ini pula terdapat empat peringkat iaitu : Rajah : Contengan pada peringkat manipulatif Rajah: Contoh Lukisan Kanak-kanak Pada Peringkat Contengan Garisan Tidak Terkawal, Contengan Garisan Terkawal, Rupa Tidak Terkawal dan Rupa Terkawal. (Sumber:Malchiodi 1998) Petunjuk A . Garisan Tidak Terkawal B. Garisan Terkawal C . Rupa Tidak Terkawal D. Rupa terkawal A) Contengan garisan tidak terkawal. Contengan garisan tidak terkawal ini berlaku disebabkan kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan sering berulang-ulang. B) Contengan garisan terkawal. Di peringkat contengan garisan terkawal pula, garisan yang dihasilkan kebanyakkannya lebih menampakkan kawalan yang lebih matang jika dibuat perbandingan dengan peringkat yang pertama. C) Contengan rupa tidak terkawal. Contengan rupatidak terkawal merujuk kepada kebolehan kanak-kanak yang mula untuk melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka. Kanak-kanak pada peringkat ini telah mula menyedari hubungan contengan dengan sesuatu objek. Kanak-kanak ini sudah boleh menamakan bahagian-bahagian pada lukisan yang mereka lukis walaupun imej yang dilukis tidak jelas. D) Contengan rupa terkawal Contengan rupa merupakan peringkat di mana kanak-kanak mampu mengenal pasti dan menyebut rupa yang dihasilkan. Lukisan yang dihasilkan pada peringkat ini juga adalah lebih merupakan kepada kepuasan dan keseronokan kerana pada peringkat ini mereka diberikan peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensel.Selain itu, lukisan yang dihasilkan sudah mula menggambarkan perasaan. Imej yang menampakkan imaginasi dan objek yang dilukis mula berbentuk dan menggambarkan apa yang mereka tahu. Kanak-kanak perlu dibimbing dan diajar cara memegang alatan untuk melukis kerana pada usia begini mereka memegang mengikut keupayaan dan gaya yang mereka sukai. Oleh itu, keupayaan menconteng adalah bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Jadi fokus imej yang terhasil pada peringkat usia ini adalah terdiri daripada lukisan pelbagai garisan . ii) Peringkat membuat simbol (6-9 tahun) Ketika usia kanak-kanak ini meningkat ke 6 hingga 9 tahun , mereka akan beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada masa ini mereka begitu terpengaruh dengan keadaan sekeliling mereka. Lukisan yang sering dihasilkan seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa persekitaran memang memainkan pengaruh besar dalam penghasilan lukisan kanak-kanak ini. Imejan dalam lukisan figura merupakan imej yang paling dominan. Simbol dan imejan yang dilukis oleh kanak-kanak ini kebiasaannya didahului dengan imej mereka sendiri, dan diikuti dengan gambar ahli keluarga mereka seperti ibu bapa, adik- beradik dan diikuti dengan rakan-rakan.Pada peringkat usia ini kanak-kanak telah mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan.Selain itu, imej-imej yang dihasilkan terdiri daripada pelbagai saiz. Kebiasaannya pada peringkat umur 6-9 tahun ini mereka akan melukis gambar seseorang yang penting dalam hidup mereka dengan saiz yang lebih besar jika dibandingkan dengan figura yang lain. Jika kanak-kanak ini melukis gambar bapa lebih besar daripada ahli keluarga yang lain, maka ini bermaksud bapa itu melambangkan kekuasaan dan kekuatan yang dimiliki oleh bapa selaku ketua dalam keluarga. Kadang-kala didapati imej mereka juga dilukis lebih besar berbanding dengan figura yang lain. Melalui peringkat pertama simbolisma ini, penggunaan warna dalam kalangan kanak-kanak terhadap imej kurang penting dan tidak begitu ketara. Peringkat kedua simbolisma didapati kanak-kanak dalam usia ini telah mula mengambil tahu berkaitan warna. Mereka telah pandai mengaitkan warna imej yang dilukis dengan perkara yang sebenar. Contohnya, imej langit dikaitkan dengan warna biru hijau untuk rumput dan sebagainya. Akhir sekali pada peringkat ketiga simbolisma ini, lukisan yang dilukis lebih memberikan perhatian kepada imej yang konkrit iaitu imej yaqng dilihat berbanding dengan imej yang mereka tahu. c) Peringkat pra remaja (10-13 tahun) Peringkat umur 10 hingga 13 tahun merupakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja.Pada peringkat pra remaja ini kanak-kanak sudah mula melukis figura dalam saiz yang sebenar. Mereka telah mula menitik beratkan saiz dalam lukisan yang dihasilkan. Pada peringkat ini lukisan yang dihasilkan dikatakan lebih rasional kerana bukan sahaja kedudukan dan saiz figura yang betul , malah mereka juga telah mula mengambil berat tentang warna yang bersesuaian dengan imej yang dilukis. Selain itu, mereka juga telah memasukkan bayang-bayang pada objek yang dilukis supaya imej objek tersebut seolah-olah nampak realistik. Pada peringkat ini juga mereka telah mula menggunakan kaedah perspektif bagi membezakan saiz imej . Ini bermaksud mereka telah mula cuba untuk memahami konsep ruang iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat bersaiz lebih besar. 2.2 Teori Perkembangan Artistik Viktor Lowenfeld Viktor Lowenfeld merupakan seorang professor dalam bidang pendidikan seni di Universiti Pennsylvania Macmillan. Beliau menyatakan bahawa sejak kecil lagi proses pembelajaran kanak-kanak ini kebanyakannya dibantu dengan penggunaan alat sensori seperti peta, gambar-gambar dan peralatan sains. Bagi beliau pemikiran abstrak tanpa representasi visual bukanlah sesuatu yang mudah untuk diatasi.Kanak-kanak ini semakin membesar, seni visualnya juga semakin banyak membantu perkembangan minda yang lebih menyeluruh.Menurut Lowenfeld lagi, bidang seni halus, pengetahuan teknik-teknik seni halus serta kemahiran memanipulasi ciri-ciri lukisan dan seni dapat memberi sumbangan dalam meningkatkan kemahiran seni lukis serta imej artistik yang dihasilkan dalam kalangan kanak-kanak.Kanak-kanak lazimnya jarang melukis dengan cara realistik dan tepat dari segi ruang. Kanak-kanak akan melukis berkaitan dengan perkara yang mereka tahu bukan apa yang mereka lihat. Lowenfeld percaya bahawa setiap kanak-kanak ini dilahirkan kreatif. Rajah: Teori Perkembangan Artistik Viktor Lowenfeld a) Peringkat Contengan (Scribbling: 2-4 Tahun) Kanak-kanak pada usia 2-4 tahun ini akan menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Dalam peringkat ini mereka akan bermula dengan peringkat contengan dan seterusnya kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Pada peringkat ini contengan yang dibuat oleh kanak-kanak ini bukan secara suka-suka dan tanpa sebarang tujuan. Kanak-kanak ini sebenarnya mempamerkan kesedaran tentang corak dan koordinasi tangan-mata. Dalam jangka masa tertentu mereka boleh manamakan apa yang telah mereka lukis sehinggalah umur mereka meningkat kepada umur 3 tahun, kanak-kanak ini akan mula menambah maklumat dengan lebih terperinci . Mereka dapat bercakap tentang lukisan mereka berdasarkan warna , bentuk dan sebagainya. b) Peringkat Pra skematik ( 4-7 Tahun) Pada peringkat ini berlaku peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan untuk melukis objek yang terdapat di sekeliling mereka dengan menggunakan garisan. Kebanyakan kanak-kanak pada usia sebegini akan melukis gambar bentuk orang dengan melukis satu bulatan kecil untuk kepala, satu bulatan untuk badan dan dua garisan ke bawah untuk kaki. Selain itu kanak-kanak ini akan melukis tanda-tanda kecil untuk mata, hidung dan mulut. Mereka sering melukis imej orang, kerana ia merupakan imej terpenting bagi mereka. Malah kaki dan tangan juga merupakan imej yang penting kerana bagi mereka kaki penting untuk berjalan dan tangan penting untuk mereka makan.Pada peringkat ini lukisan mereka berciri simbolik di mana simbol –simbol tersebut mewakili sesuatu objek. Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini juga telah mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. c) Peringkat Skematik ( 7-9 Tahun ) Pada peringkat usia 7 – 9 tahun kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal. Lukisan yang dihasilkan mula mengikut skema atau konsep tertentu. Perhatian dan penekanan lebih diberikan kepada penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek di sekelilingnya. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah bersifat spontan, bebas dan berskala besar. Lukisan pada tahap ini menunjukkan apa yang difikirkan berbanding dengan apa yang sebenarnya dilihat oleh kanak-kanak. Pada peringkat ini juga penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Pada tahap ini juga lukisan yang dihasilkan melibatkan bentuk lukisan x-ray iaitu lukisan yang mempunyai ciri-ciri luaran dan dalaman sesuatu objek. Oleh itu, pada keseluruhannya peringkat ini kanak-kanak melukis sesuatu yang mereka tahu melalui pengalaman. Sebagai contoh, kanak-kanak pada usia ini jika mereka melukis lukisan sebuah kotak dan mereka juga akan melukis isi di dalam kotak itu. Kanak-kanak ini akan melukis objek yang jauh dengan saiz yang kecil dan objek yang dekat dengan saiz yang lebih besar. Ini menunjukkan permulaan pemahaman konsep perspektif. d) Peringkat Kesedaran Realisma ( 9- 12 tahun) Kanak – kanak pada peringkat ini melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Imej yang dilukis pada usia ini dilukis secara realistik dan teliti.Imej lukisan yang dilukis mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikan dengan hasil karya sendiri. Pada peringkat ini mereka mula membandingkan karya mereka dengan karya rakan sebaya. Oleh sebab itu, mereka akan melukis dengan lebih berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan. Kanak-kanak pada usia 9 -12 tahun ini lebih cenderung melukis sesuatu objek seperti objek yang sebenar. Mereka akan berasa kecewa sekiranya mereka gagal untuk menyamai ciri-ciri sebenar objek yang mereka lukis. Oleh yang demikian kanak-kanak peringkat ini akan mula hilang minat untuk melukis kerana mereka tidak puas hati dengan lukisan yang mereka hasilkan. e) Peringkat Rasional (12 – 14 Tahun ) Kanak-kanak pada tahap ini didapati mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan . Mereka lebih menitik beratkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Kanak-kanak ini juga kebanyakannnya lebih gemar melukis sesuatu melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Mereka akan berasa malu dan perasaan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik. Oleh sebab itu, lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak ini jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya. f) Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14 – 17 Tahun) Peringkat ini lebih kepada peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Pada peringkat ini, kanak-kanak didapati lebih matang dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. Secara keseluruhannya, kanak-kanak pada peringkat tadika dan pra sekolah adalah kreatif, ekspresif, dan aktif. Oleh itu, aktiviti pembelajaran yang bercorak perkembangan pemikiran, penerokaan dan ciptaan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. 3.0 Analisa Lukisan Figura Mengikut Perkembangan Artistik Kanak-kanak. i) Lukisan Figura Kanak-kanak 3 Tahun Nur Diyanah Izzati binti Mohd Rashdan ( 3 Tahun ) Kanak-kanak pada peringkat ini akan menghasilkan lukisan contengan secara rawak iaitu tanpa kawalan dan contengan tidak menentu. Perkara ini berlaku kerana kanak-kanak pada usia ini masih tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana faktor usia mereka yang masih muda. Kebanyakan lukisan – lukisan yang dihasilkan pada usia begini tidak terkawal dan sering terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensel warna, serta bahan-bahan lain. Pada peringkat ini kanak-kanak lebih gemar untuk bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media.Berdasarkan lukisan adik Nur Diyanah Izzati ini, di dapati gambar figura manusia yang dilukisnya tidak dapat dibayangkan oleh orang dewasa. Namun demikian itulah sebenarnya yang telah berlaku pada kanak-kanak umur 3 tahun. Mereka dapat mengimaginasikan perkara yang dinyatakan tetapi psikomotor mereka masih tidak mampu membantu mereka untuk untuk menghasilkan bentuk-bentuk seperti yang dikehendaki. Berdasarkan lukisan tersebut kaki dan tangan hanya dilukis dalam bentuk garisan bebas begitu juga dengan bentuk mata , hidung dan mulut yang dibuat secara garisan tidak terkawal. ii) Lukisan Figura Kanak-kanak 4 Tahun Muhammad Aikif bin. Ramlan – murid tadika Adik Muhammad Aikif telah melukis gambar figura . Menurut Muhammad Aikif yang kini telah bersekolah di sebuah sekolah tadika , ini adalah gambar adiknya. Jika kita perhatikan terdapat perbezaan bentuk figura manusia antara kanak-kanak berusia 3 tahun dengan 4 tahun. Pada usia 4 tahun kanak-kanak telah dapat melukis gambar manusia dengan rupa bentuk yang boleh difahami terutama oleh orang dewasa yang melihatnya. Merujuk kepada gambar ini bentuk kepala masih lagi tidak dapat dalam bentuk yang sepatutnya kerana mereka masih dalam kategori menghasilkan contengan secara tidak terkawal. Walau bagaimanapun , kanak-kanak ini dapat melukis tangan dan kaki dalam kedudukan yang betul walau hanya sekadar bentuk garisan tetapi tetap masih difahami oleh sesiapa yang melihatnya. Di peringkat ini, kanak-kanak berada dalam peringkat contengan garisan terkawal berbanding dengan kanak-kanak berumur 3 tahun. iii) Lukisan Figura Kanak-kanak 5 Tahun Adriana Rosnaini binti Sharifhuddin – pra sekolah Gambar figura yang dilukis oleh adik Adriana Rosnaini ini menunjukkan gambar ahli keluarganya. Pada peringkat usia sebegini kanak-kanak telah mula untuk melukis objek di sekeliling mereka. Lukisan yang dihasilkan pada peringkat ini juga adalah lebih merupakan kepada kepuasan dan keseronokan kerana pada peringkat ini mereka diberi peluang untuk melukis dan diberikan alatan melukis seperti pen dan pensel. Sebagai contoh mereka akan melukis gambar ibu ayah dan adik - beradik mereka dengan saiz imej yang berbeza-beza serta gambar yang dilukis seolah-olah terapung. Pernyataan ini jelas berlaku dalam lukisan yang telah dibuat oleh adik Adriana Rosnaini. Kanak-kanak ini telah mula melukis figura yang lengkap berpakaian walaupun dalam bentuk garisan lurus. Tetapi di sini kita telah mula mengetahui bahawa kanak-kanak telah mengetahui kepentingan pakaian dalam kehidupan seharian mereka. Setiap gambar yang dilukis itu merupakan salah satu kepentingan bagi kanak-kanak tersebut. vi) Lukisan Figura Kanak-kanak 6 Tahun Qistina binti Majid – pra sekolah Berdasarkan gambar yang dilukis oleh adik Qistina ini pula didapati kanak-kanak ini telah mula melukis bahagian kepala dengan lebih baik jika dibandingkan dengan kanak-kanak 5 tahun. Kanak-kanak ini telah mula melukis rambut pada figura manusia mereka. Ini menunjukkan satu perkembangan artistik kanak-kanak telah berlaku. Terdapat juga penambahbaikan dalam lukisan leher, kaki dan tangan figura jika dibuat perbandingan dengan figura kanak-kanak yang sebelumnya. Lukisan pada kanak-kanak berusia 6 tahun selalunya telah kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan. Oleh itu, kita dapati ganbar yang dilukis oleh adik Qistina ini menampakkan gambaran bahagian kepala dengan rambutnya dan pakaian. Walaupun demikian mereka masih tidak dapat membuat keseimbangan antara bahagian kepala dan badan. v) Lukisan Figura Kanak-kanak 7 Tahun Nur Nazifa binti Mokhtar –tahun 1 Berdasarkan lukisan yang telah dibuat oleh adik Nurnazifa, gambar figuranya tidaklah jauh berbeza dengan gambar figura kanak-kanak 6 tahun. Di sini kita dapati, adik Nur Nazifa tidak melukis bentuk tangan yang lurus tegak seperti kanak-kanak 5 dan 6 tahun tetapi sebaliknya dia melukis tangan lurus ke bawah. Pakaian yang dilukis juga telah ada corak , ini menunjukkan corak pakaian yang dipakai oleh seseorang akan membuatkan mereka kelihatan cantik. vi) Lukisan Figura Kanak-kanak 8 Tahun Nur Izzati Dayana binti Husin – murid tahun 2 Kanak-kanak 8 tahun tertarik untuk melukis gambar manusia dan objek-objek yang menarik perhatian mereka. Jika diperhatikan lukisan adik Izzati ini lebih banyak menggunakan bentuk-bentuk geometri seperti segi tiga, empat segi dan bujur. Namun kebanyakan lukisan pada peringkat ini dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Berdasarkan lukisan yang dilukis oleh adik Izzati didapati fokus yang diberi tumpuan ialah pada bahagian kepala. Lukisan yang dihasilkan lebih bersifat hiasan atau dekoratif. Ini menunjukkan bahawa adik Izzati ini sukakan kecantikan dan baginya untuk nampak cantik hiasan di kepala adalah sangat penting. Oleh itu, adik Izzati sangat suka dengan lukisan yang dihasilkan dan suka berkongsi dengan rakan-rakan sebaya yang lain. Pada peringkat ini sebenarnya kanak-kanak telah mula mengaitkan imej yang dilukis dengan warna. vii) Lukisan Figura Kanak-kanak 9 Tahun Nurul Hanisah binti Mahdon – murid tahun 3 Kanak-kanak pada usia 9 tahun juga tidak jauh bezanya dengan kanak-kanak berusia 8 tahun. Didapati lukisan figura yang dilukis oleh adik Nurul Hanisah masih berfokus di bahagian kepala, pakaian dan minatnya terhadap bunga . Adik Nurul Hanisah telah menggambarkan kepada kita bahawa untuk nampak cantik rambut perlu diikat dua dan gunakan pengikat rambut di samping memakai hiasan di kepala. Adik ini juga minat kepada bunga oleh itu, dia telah melukis sekuntum bunga yang dipegang oleh kanak-kanak perempuan itu. Ini menunjukkan adik Nurul Hanisah juga peka dengan objek disekelilingnya seperti bunga dan cekak rambut yang sering dipakai oleh kanak-kanak perempuan sepertinya.Perkara ini berlaku kerana kanak-kanak pada peringkat ini begitu terpengaruh dengan keadaan sekeliling mereka. Ini menunjukkan bahawa persekitaran memang memainkan peranan penting dalam penghasilan lukisan kanak-kanak. viii) Lukisan Figura Kanak-kanak 10 Tahun Nurul Asiah binti Khalid – murid tahun 4 Lukisan ini menggambarkan seorang anak perempuan sedang berjalan bersama ibunya untuk pergi ke sesuatu destinasi. Pada peringkat ini kanak-kanak akan cuba mengekalkan konsep dan skema tertentu. Kanak-kanak ini mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Kanak-kanak akan memberi penekanan terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Mereka akan cuba untuk mendapatkan saiz yang sesuai berdasarkan gambar yang hendak dilukis. Lukisan adik Asiah menunjukkan bahawa dia cuba untuk mendapatkan saiz yang sesuai antara figura seorang ibu dengan seorang kanak-kanak perempuan. Perbezaan saiz secara tidak langsung akan memberi pemahaman kepada orang yang melihat lukisannya.Pada peringkat ini mereka akan lebih berhati-hati untuk melukis. viiii) Lukisan Figura Kanak-kanak 11 Tahun Nur Arina Mahira binti Mohd Kamal – Murid tahun 5 Pada peringkat ini lukisan yang dilukis telah menampakkan ciri-ciri perbezaan jantina yang ketara begitu juga dengan pakaian.Gambar ini menunjukkan gambar seorang kanak-kanak perempuan yang memiliki kecantikan dari pelbagai aspek antaranya wajah, pakaian dan gaya. Imej yang dilukis pada usia ini kelihatan lebih seimbang dan dapat diterima oleh orang yang melihatnya. Walaupun demikian kanak-kanak di peringkat ini lebih gemar membanding-bandingkan imej yang dilukis dengan rakan-rakan sekelas dan ini menyebabkan mereka bersikap lebih berhati-hati untuk menghasilkan sesuatu lukisan terutama yang berbentuk figura manusia. x) Lukisan Figura Kanak-kanak 12 Tahun Luqman Hakim bin. Zainal – murid tahun 6 Kanak-kanak pada usia 12 tahun telah mula menginjak ke usia remaja.Pada masa ini mereka telah mula peka dengan konsep kedudukan dan saiz sebenar imej. Mereka mula peka tentang bentuk-bentuk sebenar seperti mana yang mereka lihat. Selain itu pada peringkat usia ini mereka lebih suka kepada konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Adik Luqman telah melukis gambar seorang lelaki menerusi contoh yang dilihat dalam buku teks Bahasa Melayu miliknya. Di sini memang nyata dan jelas bahawa kanak-kanak di peringkat ini tidak lagi menggunakan daya imaginasi mereka untuk menghasilkan sesuatu lukisan berbanding pada peringkat awal usia. 4.0 Kesimpulan Secara keseluruhannya, kanak-kanak memang gemar melukis dan sebagai guru dan juga orang dewasa kita sepatutnya memahami dan mengetahui mengapa lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak mempunyai interpretasi serta makna dan maksud yang berbeza dengan karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak ini merupakan satu cara bagi mengenalpasti proses perkembangan artistik mereka. Melalui cara ini guru mengenal pasti proses perkembangan minda dan kreativiti kanak-kanak ini. Dalam hal ini, secara tidak langsung guru dapat mengatur aktiviti yang boleh menggalakkan perkembangan artistik mereka. Menurut Michael (1983) pengalaman seni akan membantu pelajar dalam pembelajaran dan perkembangan mereka dari peringkat paling asas seperti mengenali seni dan kebudayaan mereka , perasaan konsepsi dan ekspresi diri mereka melalui media. Walaupun kanak-kanak ini lahir dengan sifat kreatif tetapi guru dan ibu bapa perlu memberi rangsangan dan bimbingan kepada murid-muridnya supaya lebih kreatif ketika berkarya. Rujukan : Chang Hon Woon (1994), Teori Seni Tampak, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd. Hurwirtz, Al & Day, M. (2001). Children and their art –Methods for the elementary school (7th.ed.) USA : Wardsworth Thomson Learning Iberahim Hassan (2000a) Pendidikan Seni : Matlamat dan Kepentingannya, (Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik) Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. Iberahim Hassan (2000b). Perkembangan Psikologi Kanak-Kanak Berhubung Dengan Pendidikan Seni.(Kumpulan Esei Pilihan Seni dan Muzik). Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim. http://cikguani.blogspot.com/ http://www.scribd.com/doc/22320213/Pengutaraan-Tampak-Kanak-kanak http://www.slideshare.net/syireen/tokoh-lowenfeldhurwitzday http://psvisual.wordpress.com/ http://senivisual1.blogspot.com/p/blog-psv.html http://rmc.upsi.edu.my/v2/ewacana/Asas%20Seni%20Visual.htm http://senivisual2.blogspot.com/2010/03/banyak-buku-buku-rujukan-pendidikan.html